Header Ads

ads header

Flash News

Tak boleh jatuhkan Azmin, Kini Rafizi sasar Saifudin pula



Makin kuat kedengaran team Rafizi kini cuba untuk mengambil semula jawatan Setiausaha Agung PKR daripada Saifuddin Nasution. Kempen memburukkan cara kerja yang dilakukan oleh Saifuddin sepanjang menjadi SUA PKR telah banyak disebar dalam media sosial.

---------

KUALA LUMPUR: Cakap-cakap bahawa Rafizi Ramli akan menggantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung parti masih misteri.

Saifuddin berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

“Siapa yang bagi tahu? (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim? Takkan saya nak jawab spekulasi,” katanya  hari ini.

Katanya, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenai dakwaan itu.

“Tunggu sampai Anwar umum,” kataya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Sementara itu, Rafizi, ketika dihubungi, menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin.

“Belum ada perbincangan apa-apa dengan Anwar,” katanya.

Ahad lalu, Anwar ditanya sama ada Rafizi akan dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR, susulan pembentukan barisan kepimpinan baharu PKR.

Anwar memberitahu, beliau belum memutuskan apakah jawatan yang akan ditimbangkan untuk pengasas Invoke Malaysia itu.

Rafizi tidak menyertai barisan kepimpinan baharu PKR selepas tewas dalam pertandingan sengit untuk jawatan timbalan presiden PKR dengan penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi.

Kira-kira 800,000 ahli memilih pemimpin tertinggi parti dalam pemilihan yang berlangsung dari 14 September hingga 10 Oktober lalu.

Pada 25 November 2016, Rafizi, yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan memutuskan meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung PKR serta-merta selepas dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


MR :  Seronok juga lihat bagaimana nasib Saifuddin setelah ditikam oleh rakan sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan