Header Ads

ads header

Flash News

Tanding Rantau? Pembohongan kem Azmin, kata Rafizi Tapi Anwar pula kata benar


Pasal kencing, pasal menipu, pasal berbohong, pasal cakap berbelit memang hebat pimpinan PH terutamannya PKR.

Rafizi Ramli menafikan akan bertanding bagi dewan undangan negeri (DUN) Rantau susulan arahan mahkamah pilihan raya hari ini yang mengarahkan pilihan raya semula diadakan bagi kerusi berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas anggota parlimen Pandan itu juga menyalahkan penyokong timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

"Itu satu pembohongan dari orang di kem Azmin.

"Tak benar sama sekali. Ia berniat untuk merosakkan imej saya," katanya kepada Malaysiakini melalui mesej pesanan ringkas.

Tambah Rafizi, PKR seharusnya mencalonkan Dr S Streram sekali lagi bagi kerusi berkenaan.

"Streram sudah bekerja keras untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan itu. Beliau jadi mangsa apabila dihalang untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu.

"Orang terbaik bertanding di Rantau ialah Streram. Dan saya akan berkempen untuk beliau," katanya.

MENITIS AIR MATA kalau baca komen penyokong PH yang Rafizi seorang yang hebat bukan berjuang untuk jawatan tapi berjuang untuk rakyat.

 Ada lagi komen bukannya orang Azmin yang buat cerita ini, tetapi orang umno dan PAS. Saya setuju dengan Rafizi, biar Dr Streram yg bertanding di Rantau.

PAS dan UMNO jadi mangsa pula.

TIBA-TIBA

Nama Rafizi Ramli antara yang disenaraikan sebagai calon bagi pilihan raya semula kerusi Dun Rantau yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan bakal Presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam sidang media pada Kongres Nasional PKR Ke-13 di Shah Alam, hari ini.

"Nama Rafizi ada dibangkitkan," katanya ringkas sebelum meninggalkan sidang media.

KENA KENCING LAGI!!!
Rafizi kini hampir sama licik dengan Anwar


MR :  Rasanya bukan kencing, dah masuk najis dan lendir!!


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan