Header Ads

ads header

Flash News

Tiada tekanan dari saya untuk Dr M berundur kata Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu meletakkan tekanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berundur bagi memberi ruang kepada perdana menteri untuk mentadbir negara.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Bloomberg ketika ditanya tentang peralihan kuasa daripada Mahathir kepadanya, dan sama ada ia akan dipercepatkan.

"Bila saya menggantikannya? Saya fikir ketika kami berdua sedia. Mahathir berulang kali berkata beliau akan mematuhi persetujuan dan saya tiada masalah dengan itu.

"Biasanya saya tidak layan soalan seperti ini kerana saya mahu memberi sokongan dan kebebasan penuh kepadanya untuk melakukan perkara tanpa memikirkan bila masa beliau perlu berundur," kata Anwar.

Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas kira-kira dua tahun, di sebalik gesaan daripada dalam parti itu agar beliau kekal untuk satu penggal penuh.

Dalam wawancara itu, Anwar juga mengulas kenaikan dalam jangkaan defisit tahun ini selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Menurut Belanjawan 2019 yang dibentang Jumaat lalu, defisit yang pada mulanya disasarkan pada kadar 2.8 peratus, kini dijangka mencapai 3.7 peratus pada untuk tahun ini.

Bagaimanapun kerajaan berharap dapat mengurangkannya kepada 3.4 peratus untuk tahun depan.

"Kita ada dasar untuk mengurangkan defisit secara bertahap, tetapi untuk mengurangkannya secara drastik bermaksud akan ada potongan dalam perbelanjaan pembangunan dan ia akan menyebabkan ekonomi lembap, kita tidak mahu keadaan itu.

"Sebab itu dasar kini adalah untuk mengurangkan defisit tanpa membenarkan pembangunan menjadi perlahan dan lembap," katanya lagi.
MR :  Anwar sahaja tertekan, agaknya Mahathir 'kencing' tak dia kali ini


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    tekan menekan adalah perkara normal

    apa yang nampak ialah tekanan lebih

    ke atas bakal PiEm 8 berbanding PiEm 7

    cadangan agar PiEm 7 diberi 5 tahun

    adalah contoh tekanan dan

    pop up dating.com ke atas MR

    adalah contoh tekanan MR ke atas

    PH 1.0 mencecah paras didih
    .

    BalasPadam
  2. Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada TDM untuk berundur dari jawatan PM bagi memberi ruang kepada TDM untuk mentadbir negara (walaupun saya tergedik-gedik mahu jadi PM dan impikan jawatan PM siang dan malam dan tidak dapat tidur malam dan hilang selera makan kerana saya bimbang dan takut terlepas jawatan PM yang saya idamkan sejak zaman dinosaur lagi) !!!

    BalasPadam