Header Ads

ads header

Flash News

Tian Chua dibebaskan hukuman menghasut


KUALA LUMPUR, 23 Nov — Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, lima tahun lepas.

Ini berikutan keputusan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membenarkan rayuan bekas Ahli Parlimen Batu itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,800 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Sept 2016.

Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata mahkamah mendapati prima facie dalam kes itu gagal dibuktikan memandangkan perkataan yang diungkapkan oleh Tian Chua, atau nama sebenar Chua Tian Chang, tidak bersifat menghasut.

"Ucapan oleh Tian Chua ketika itu adalah hanya untuk mengenal pasti kesilapan dan kesalahan dalam kerajaan serta menasihati orang ramai untuk bertindak balas secara damai serta memperbaiki kesilapan berkenaan.

"Walaupun Tian Chua tidak menafikan beliau ada membuat kenyataan itu, namun analisa secara keseluruhan terhadap maksud dan konteks mendapati kenyataan yang dibuat tidak merujuk untuk mengubah kerajaan," kata hakim itu.

Pada 29 Mei 2013, Tian Chua, 55, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini di antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam 13 Mei 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Di awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azmi Mashud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik rayuan silang terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

Sementara itu, Tian Chua, yang diwakili peguam N. Surendran, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega kerana akhirnya kes berkenaan selesai.

"Saya rasa dalam suasana politik baharu ini tidak wajar untuk sesiapa yang bersuara secara bebas dalam kritikan terhadap kerajaan harus dihukum mengikut Akta Hasutan.

"Akta ini sudah ketinggalan zaman dan sepatutnya dimansuhkan serta tidak lagi diguna pakai untuk menyekat pandangan orang awam dalam kebebasan bersuara.

“Saya harap keputusan ini adalah sebagai penanda aras. Saya akan teruskan perjuangan sebagai seorang aktivis yang lantang bersuara dalam satu pasukan dengan pemimpin Pakatan Harapan yang memerintah sekarang bagi merealisasikan impian rakyat," katanya. — Bernama

MR :  Bagus juha PH menjadi kerajaan semua kesalahan boleh disucikan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan