Header Ads

ads header

Flash News

Tidak mustahil PAS-UMNO akan bentuk kerjasama politik untuk PRU-15


ARAU 24 Nov. - Pas tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama politik atau membentuk gabungan dengan UMNO bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama tersebut sememangnya menjadi keperluan bagi menentang Pakatan Harapan yang dilihat sudah melampaui ­ba­tas.

Bagaimanapun katanya, pada masa ini, belum ada hubungan rasmi, sebaliknya ha­nya kerjasama dalam beberapa isu berkaitan kepentingan orang Me­layu dan Islam.

“Seperti kata Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tidak perlu tergesa-gesa (hu­­­bungan rasmi) kerana pilihan raya masih jauh lagi. Tetapi jalan ke arah itu memang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prog­ram Munaqasyah Ucapan Dasar Pre­siden dan Himpunan Jentera Pilihan Raya di sini hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli dan Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab dalam program tersebut, terdapat seorang peserta yang bertanyakan soalan mengenai proses pembahagian kerusi antara Pas dan UMNO dalam pilihan raya akan datang jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu bersatu.

Ketika menjawab soalan itu, Mahfodz berkata, perkara itu akan diteliti kemudian dan menyifatkan ia bukan sebagai masalah.

MR :  DAP terima Mahathir dulu dianggap mustahil pun boleh berlaku... PAS-UMNO lagilah mudah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan