Header Ads

ads header

Flash News

Tun M Janji Bina 1 Juta Rumah Mampu Milik Sekiranya Ph Kekal Dua Penggal

Walaupun Janji Manifesto Kerajaan tidak berjaya dilaksanakan kerana beban hutang negara, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi berjanji untuk menyedia­kan sejuta rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Tun M juga berharap rakyat memberi mandat kepada Kerajaan PH pada Pru15 nanti kerana janji ini dapat dilaksanakan dalam masa 10 tahun.

Beliau mengulangi berkata walaupun janji tersebut amat sukar untuk ditunaikan, tetapi beliau berharap janji ini akan ditunaikan dalam masa tersebut.

“Sejuta bukan angka kecil untuk rumah, tetapi ini janji kita dan kita akan tunaikan janji untuk bina sejuta rumah dalam jangka masa 10 tahun,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran FundMyHome di Eco Majestic.

Mengulas lanjut dalam sidang akhbar, Dr. Mahathir berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan mempelawa syarikat swasta untuk membina rumah mampu milik tersebut.

“Ada rumah yang akan kerajaan bina tetapi kebanyakan kita pelawa sektor swasta untuk membekalkan rumah mampu milik ini kepada rakyat,” katanya.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

-Tun Carlos


MR : Minta 3 penggal, satu penggal tu rakyat dah terseksa, kalau 2 penggal rasanya ada rakyat Malaysia mati kebuluruan....


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. PAKATAN SYIAH-LIBERAL-KAFIR HARBI KENCING RAKYAT LAGI. HANYA ORANG BODOH SAHAJA RELA DIKENCING HANCING KAW KAW UNTUK KALI KE2, KE 3 , KE 4 DAN SETERUSNYA ....... !!!!

    BalasPadam
  2. Sudah sudah Tun jangan banyak berjanji nanti jadi munafik 3.Cukup sudah sampai di sini. Tun nak janji sampai 10 tahun lagi boleh ke Tun dapat kota itu semua takut Tun dah tak ada DAP yang Tun pilih sabagai rakan perjuangan akan kencing bumi bertuah ini.

    BalasPadam