Header Ads

ads header

Flash News

Zahid, Hadi bergabung bantah ICERD di Perhimpunan 30,000


PASIR SALAK - Himpunan Perpaduan Ummah yang mempertemukan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas satu pentas dihadiri lebih 30,000 penyokong.

Program yang bermula tepat jam 9 malam itu berlangsung dengan aman kira-kira dua jam sehingga jam 11 malam di mana orang ramai mula hadir seawal jam 6.30 petang mengambil tempat di Dataran Kampung Gajah, di sini.

Terdahulu orang ramai yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti dengan tazkirah ringkas oleh Zafarul Azhan Zan dan solat Isyak.

Himpunan yang diadakan itu antara lain bertujuan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Puluhan ribu penyokong yang hadir pada himpunan.

Hadir sama pada himpunan itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad; Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin dan beberapa pimpinan Umno dan Pas.


Majlis himpunan dimulai ucapan Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Salak, Mustafa Shaari, Tajuddin, Wan Norashikin dikuti ucapan penuh semangat dari dua pimpinan negeri Saarani dan Razman.

Razman dalam ucapannya turut melancarkan kutipan khas bagi mengumpul dana bagi perhimpunan besar-besaran yang dijangka disertai lebih dua juta ahli Umno dan Pas 8 Disember nanti di Kuala Lumpur.

Himpunan terus hangat apabila Ahmad Zahid Hamidi berucap diikuti Hadi dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Hadi sendiri bersama 30,000 hadirin yang hadir.


MR :  Satu perkembangan yang baik


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan