Header Ads

ads header

Flash News

Zuraida gesa JPP dedah 'log file' tablet didakwa diceroboh


Fungsi JPP ialah untuk membantu RR menang dlm pemilihan ini..Sebagai rakyat biasa kita melihat pemilihan dlm PKR sangat prejudis malah tidak telus berbanding dgn pemilihan parti lain. Rakyat ingin melihat sebuah parti yg dinamik serta mempunyai tahap integiriti yang tinggi dlm sesuatu proses pemilihan. Tidak keterlaluan jika kita katakan pemilihan dlm UMNO lebih telus dan mempunyai kesahihan yg tinggi berbanding pemilihan dlm PKR.. JPP sebagai sebuah jawatankuasa yg mempunyai autoriti dlm pemilihan ini seharusnya mempunyai ketelusan dan tahap kebertanghungjawaban yg tinggi bukannya mempunyai niat dan matlamat untuk memenangkan individu tertentu....Apa perlu JPP jika tidak berupaya mengendalikan sesuatu pemilihan dgn telus serta berhemah. - Razali

------------


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) mendedahkan senarai daftar (log file) tablet yang didakwa "diceroboh" perisian yang dipanggil Prey pada pemilihan di Julau, semalam.

"Saya menyeru (Pengerusi JPP) Rashid Din dan JPP untuk mendedahkan maklumat ini secepat mungkin, bagi menutup ruang spekulasi dan tuduhan yang sedang berlaku sekarang.

"Dedahkan siapa yang memuat turun aplikasi Prey tersebut dan siapakah yang telah mengakses tablet untuk tujuan itu. Semua ini terdapat di dalam Log File tablet tersebut," katanya dalam kenyataan media semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas pemilihan PKR Julau digantung susulan dakwaan calon timbalan presiden Rafizi Ramli mendakwa melihat seseorang "mengusik" tablet ketika proses pengundian.

Rafizi mendakwa perisian bernama 'Prey' dipasang pada tablet dan membolehkan ia dikawal dari jauh.

Bagaimanapun, penulis teknologi Keith Rozario menjelaskan aplikasi Prey yang ditemui di tablet itu, yang dinyatakan Rafizi sebagai 'malware', adalah perisian anti-kecurian.

Dalam kenyataannya, Zuraida turut merujuk kenyataan Rashid yang menyatakan sistem tablet itu "diceroboh".

Jelas Zuraida, sekiranya perkara itu berlaku, ia terjadi atas pengetahuan petugas JPP kerana hanya mereka mempunyai akses kepada sistem tersebut.

"Untuk memuat turun aplikasi Prey, penjaga atau administrator kepada tablet e-voting itu, harus memasukkan kata laluan. Bukan semua orang boleh melakukan perkara ini.

"JPP pula perlu mengambil sepenuh tanggungjawab, kerana akses terhadap tablet ini dipegang oleh mereka. Adalah mudah untuk dicari pelakunya dan JPP perlu mendedahkannya," katanya.

Beliau turut mengulangi penjelasan bahawa aplikasi Prey adalah untuk melindungi maklumat di dalam peranti mudah alih sekiranya peranti tersebut hilang atau dicuri."Ia adalah aplikasi melindungi dan bukannya untuk mengambil data, sepertimana yang dinyatakan oleh Rashid," katanya.


MR :  Kalau dah kotor, memang akan sentiasa kotor walaupun sesama sendiri


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Setiap kali ada pemilihan dlm Pkr mesti kecoh.Salah najib la ni ?

    BalasPadam