Aduan disiplin taktik jelik ala UMNO - Latheefa
KUALA LUMPUR: Bekas anggota pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya menyifatkan aduan disiplin yang dikenakan terhadapnya kerana didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan nepotisme dan kronisme memilih Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), sebagai ‘taktik jelik ala UMNO’.
Sebaliknya, Latheefa yang juga bekas peguam pembela Anwar mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan Isnin lalu bukan hanya menyentuh soal urusan parti, sebaliknya membabitkan kepentingan orang awam.
“Hal yang saya bangkitkan dalam kenyataan saya pada Isnin lalu bukan setakat urusan parti. Ia mengenai kebimbangan kronisme dan nepotisme sebuah parti terbesar dalam pentadbiran Persekutuan negara ini. Justeru ia menyentuh hal kepentingan awam.
“Menggunakan aduan disiplin untuk membisukan saya adalah ‘taktik jelik ala UMNO’. Ia tidak akan berjaya,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Dua pemimpin PKR cabang negeri iaitu Ketua Penerangan PKR Cabang Klang, Mohd Farazi Mohd Shah dan Naib Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Kamarul Hatta Mohamed Ali yang membuat aduan kepada Lembaga Disiplin dengan mendakwa Latheefa memfitnah Anwar dalam pemilihan Pengerusi MPN, hari ini.
Pada sidang medianya, Mohd Farazi berkata, kenyataan dikeluarkan Latheefa itu berbaur fitnah, cuba merosakkan imej parti dan melanggar disiplin parti.
“Selari dengan Bahagian XI Fasal 41.2 perlembagaan parti, kami mengemukakan aduan bertulis berhubung salah laku anggota (Latheefa) kepada Lembaga Disiplin,” katanya.
Susulan penyiaran kenyataan Latheefa itu pada Isnin lalu, Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi MPN Pulau Pinang.
Pada hari yang sama Ahli Palrimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim turut menolak pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Johor.
MR : PKR tu datang daripada usus UMNO
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan