Header Ads

ads header

Flash News

Ambil 30 sen setiap satu liter. Rakyat ditipu & dizalimi PH, Bangkit & Tuntutlah Hak kalian !


Rakyat pula beri subsidi pada kerajaan. Harga sebenar RON95 = RM1.90.

Belanjawan 2019 diumumkan oleh Guan Eng dengan andaian harga minyak dunia Brent pada harga US$72 satu tong pada awal bulan lepas tetapi selepas itu, harga minyak dunia telah terus jatuh menjunam.

Semalam, harga Brent ialah di sekitar US$52 satu tong. 

Sebagai perbandingan, harga Brent semasa BN kalah ialah US$73 satu tong dan harga RON95 ialah RM2.20 satu liter.

Ini bermakna, sejak awal bulan lepas, kerajaan PH telah kenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas RON95.

Harga sebenar petrol RON95 sepatutnya antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan dahulu berbanding harga RM2.20 sekarang.

Kerajaan PH telah mengutip cukai sebanyak RM120 juta dari penjualan RON95 setiap minggu dari rakyat.

Semasa berkempen, PH telah membuat pelbagai janji selama di dalam ceramah mereka bahawa mereka akan menurunkan harga petrol kepada RM1.50 hingga RM1.80 satu liter.

Oleh itu, rakyat ada hak untuk menuntut kerajaan PH untuk berhenti dari mengenakan cukai ke atas RON95 dan membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Bulan lepas, kerajaan PH telah umumkan mereka akan apung semula harga petrol pada bulan April.

Mengapa tidak apungkan sekarang juga untuk membenarkan rakyat untuk menikmati harga petrol yang lebih rendah sekarang memandangkan tempoh sekarang ialah tempoh penuh dengan hari perayaan?

Subsidi tidak diberi, bantuan dipotong atau dimansuhkan, tetapi kerajaan PH dengan senyap mengutip cukai ke atas RON95 dan diesel pula?

Memang SST bermakna Senyap-Senyap Tibai.

Secara jujur, Najib tidak pernah mengenakan satu sen cukai ke atas petrol RON95 di dalam tempoh Najib sebagai Perdana Menteri.

Pada masa harga minyak dunia tinggi sehingga US$120 satu tong, kerajaan BN dulu memberi subsidi yang amat tinggi setiap minggu.

Selepas harga petrol RON95 diapungkan pada November 2014, kerajaan BN membenarkan rakyat menikmati harga petrol yang lebih rendah pada masa itu apabila harga minyak dunia turun.

Ramai yang mungkin lupa bahawa RON95 pernah dijual pada harga RM1.60 atau RM1.70 satu liter untuk tempoh yang agak lama di tahun 2015 dan 2016.
Rujuk sini: http://www.theedgemarkets.com/article/ron95-rm160-ron97-rm195-diesel-unchanged-march

BN dulu tidak kenakan cukai pada masa harga minyak dunia rendah.

Tidak sama  dengan kerajaan PH sekarang yang lakukannya tanpa anda sedari.

Apabila Najib dilantik sebagai PM pada April 2009, antara langkah pertama Najib ialah menggantikan minyak RON92 dengan petrol lebih berkualiti iaitu RON95.

Fakta menunjukkan bahawa ketika Najib hilang kuasa, harga RON95 adalah RM2.20 - iaitu lebih rendah berbanding RON92 yang dijual pada RM2.40 ketika Najib menjadi Menteri Kewangan pada 2008 .

Ini bertentangan dengan andaian orang ramai bahawa Najib menzalimi rakyat dalam isu harga petrol.

Sejak jadi kerajaan, PH tidak lagi turunkan 1 sen pun malah kini ambil sekurang-kurangnya 30 sen setiap liter minyak yg digunakan rakyat.

Siapa yang sebenarnya zalim sekarang?


MR :  Kerajaan PH lebih zalim daripada BN

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan