Header Ads

ads header

Flash News

Formula Pas dan Umno bersama


SEJAK pasca PRU14, Pas dan Umno semakin erat dan telah membuat satu kerjasama politik. Sebagai seorang pengkaji politik Pas dan Umno adalah satu langkah yang bijak dalam mencapai formula 3-3 atau 3 matlamat dan 3 agenda.

Matlamat pertama kerjasama Pas dan Umno adalah untuk menyatukan undi Melayu dan Bumiputera Islam yang merangkumi 70% pengundi Malaysia.

Jika diikutkan bilangan kawasan Parlimen Melayu dan Bumiputera adalah 130 buah berbanding 66 buah kawasan Parlimen Bukan Melayu dan 15 kawasan Parlimen Bumiputera bukan Islam dan 11 kawasan Parlimen bukan Melayu Sabah dan Sarawak.

Penyatuan kepimpinan Pas dan Umno harus juga direalisasikan di peringkat akar umbi bagi menguatkan sokongan undi Melayu dan Bumiputera.

Tanpa persetujuan ahli-ahli Pas dan Umno, maka kerjasama politik ini hanya sia-sia. Bilangan ahli Umno berjumlah 3.5 juta jika digabungkan bersama bilangan ahli Pas berjumlah 1.3 juta sudah tentu membawa satu momentum yang agak kuat.

Kepentingan kerjasama politik ini amat diperlukan untuk keseimbangan pengaruh dan kuasa politik PH. Manakala Parti Gabungan Bersatu Sabah dan Gabungan Parti Sarawak perlu dibawa masuk ke dalam kerjasama Pas dan Umno di Semenanjung Malaysia.
Kedua-dua gabungan parti Sabah dan Sarawak boleh membawa satu perpaduan dan penyatuan undi Melayu dan Bumiputera.

Matlamat kedua adalah penyatuan undi bukan Melayu dilaksanakan oleh gabungan parti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti Sabah dan Sarawak.

Matlamat penyatuan undi bukan Melayu adalah sebagai satu alternatif politik kepada bukan Melayu. Ini disebabkan kerusi bukan Melayu adalah berjumlah 77 buah di seluruh Malaysia iaitu 35% kerusi Parlimen.

Secara taktikalnya, gabungan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti Sabah dan Sarawak yang khusus memperjuangkan hak dan kepentingan bukan Melayu amat penting selaku pihak pembangkang.

Gabungan parti-parti ini perlu keluar dari BN jika formula perkongsian kuasa dan persefahaman gagal. Ini merupakan jalan terbaik bagi menyaingi kepimpinan dan pengaruh DAP dalam memperjuangkan hak dan kepentingan bukan Melayu.

Matlamat ketiga adalah mewujudkan pertandingan satu lawan satu sebaik mungkin dalam mana-mana pilihan raya yang bakal berlaku. Pertandingan satu lawan satu akan melahirkan sistem dua parti dalam politik Malaysia.

Ini menjurus kepada satu perikatan politik antara parti-parti politik Melayu dan Bumiputera dengan parti-parti politik bukan Melayu dan bukan Bumiputera.

Melalui perikatan politik ini akan memberikan peluang yang lebih baik untuk parti-parti politik sedia ada bergerak tanpa sekatan agenda mereka.

Agenda pertama dalam formula ini ialah mewujudkan satu saluran kuasa desakan politik dalam mempertahankan hak dan kepentingan Melayu seperti dipersetujui dalam kontrak sosial.

Kuasa desakan politik ini bakal menyatukan semua pertubuhan bukan kerajaan di bawah satu payung kerjasama politik Pas dan Umno.

Kerjasama ini bakal melangkaui skop kepentingan nasional apabila melibatkan hak dan kepentingan Melayu. Agenda ini seterusnya dapat mengembalikan undi Melayu untuk kepentingan dan hak Melayu dalam peningkatan bilangan kerusi Parlimen Melayu dan Bumiputera. Adalah diharapkan dapat mengembalikan keyakinan dan kejituan sokongan Melayu kepada Pas dan Umno di Semenanjung Malaysia.

Agenda kedua ialah menyediakan satu platform agenda kepentingan nasional seperti isu pendidikan, alam sekitar, gaji minimum, kemiskinan bandar dan sebagainya.

Agenda kepentingan nasional ini perlu dikongsi bersama antara Pas dan Umno dengan gabungan MCA, Gerakan dan MIC bersama dengan Gabungan Bersatu Sabah dan Gabungan Parti Sarawak.

Agenda ini amat penting dalam menangani permasalahan yang berlaku. Keputusan untuk penyelesaian dalam agenda kedua ini dilihat sebagai agenda bersama antara Melayu dan Bumiputera dengan bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Contohnya konsep pembentukan negara bangsa selepas pasca PRU14 dan hala tuju negara bangsa.

Agenda ketiga adalah keberkesanan strategi taktikal dan strategi blitzkrieg dalam peperangan persepsi dan projeksi agenda politik.

Projeksi agenda politik adalah satu rangka doktrinasi politik persepsi yang ditanam ke dalam minda rakyat secara berterusan. Ilmu ini dikenali sebagai pemasaran politik.

Manakala strategi blitzkrieg adalah strategi kepungan dan elemen kejutan yang tidak disangka oleh pihak lawan.

Elemen kejutan ini boleh direncanakan dalam bentuk video yang dapat merangsangkan simpati dan kasihan kepada tokoh-tokoh tertentu yang bakal dilantik sebagai perdana menteri.

Manakala strategi kepungan bermaksud mengepungkan minda rakyat dengan sarat agenda politik tertentu supaya rakyat hanya melihat satu sisi agenda politik tersebut.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
UiTM Kelantan



MR :  Banyak pendapat PAS dan UMNO sekarang lebih baik bersama (tidak bercantum)


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Yang menjadi halangan adalah Melayu PKR termasok dalam 70%.

    BalasPadam
  2. Tuan Guru Presiden dh jawab di UIA, xboleh gabung, destinasi lain2.

    BalasPadam