Header Ads

ads header

Flash News

Kit Siang paling layak jadi menteri, kata Guan Eng





Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri, kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP.

“Beliau (Kit Siang) berjuang bertahun-tahun untuk parti, menghadapi banyak pendakwaan dan penganiayaan, keluar masuk penjara dan sudah dua kali kena ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana politik.

“Saya yakin semua ahli pun bersetuju, Lim Kit Siang merupakan orang paling layak jadi menteri kerana perjuangan beliau, tetapi sayang beliau tolak untuk beri laluan kepada pemimpin muda,” katanya ketika berucap di Konvesyen DAP Selangor di sini hari ini.

Pada Mei lalu, Kit Siang dipetik sebagai berkata beliau tidak akan menyertai kabinet pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana DAP mempunyai bakat secukupnya untuk berkhidmat dengan kerajaan pusat.

Guan Eng turut menyeru anggota-anggota parti supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama seperti mana yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang.

“Kita perlu memberikan keutamaan kepada perpaduan parti, jika kita asyik memainkan sentimen kaum dan tidak bersatu-padu, maka kita akan terjerat dalam perangkap parti pembangkang dan mula melemahkan kita.

“Kita tidak mahu mencontohi parti-parti pembangkang yang suka memainkan sentimen perkauman yang akhirnya memperlihatkan mereka pecah-belah seperti mana sekarang,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Guan Eng meluahkan rasa terkejut apabila ada pihak yang mahu Malaysia keluar daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sekiranya berlaku, Malaysia akan jadi satu-satunya negara yang tak jadi Ahli PBB… sedangkan Korea pun ahli PBB, saya tidak faham kenapa mereka (pembangkang) mainkan sentimen ini,” katanya.

Semalam ketika berucap dalam himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pemimpin Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan ‘menyerang’ PBB dengan mendakwa pertubuhan itu mempengaruhi hala tuju negara.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang diadakan pada hari ini.

Pemilihan itu menyaksikan 40 calon bertanding bagi 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor. — BERNAMA



MR :  Bermula rancangan LKS menjadi speaker... DAP gagal untuk 'berkuasa penuh'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Sebenarnya Kit Siang tak berkenan Tun Mahathir tapi demi nak kuasa beliau tepikan dahulu sentimen . Kura kura dalam perahu......

    BalasPadam
  2. Kepala bapak banglo terlajak diskaun mempunyai lidah biawak konon menyeru anggota-anggota parti kafir harbi biaDAP supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama tetapi kita semua mengetahui parti rasis kafir harbi biaDAP mengamalkan sikap perkauman yang melampau terhadap umat Islam termasuk kaum Melayu dan menghina agama Islam sejak zaman penubuhan parti biaDAP ternakan parti rasis PAPidog.

    BalasPadam
  3. Korang nak dengar orang buat lawak tak?cuba usha post statement dekat atas tu不不不不不不不不不不不

    BalasPadam