Header Ads

ads header

Flash News

Lawan naratif PAS-Umno, PH mesti bina naratif baru


Sudah-sudahlah terperangkap dalam perbincangan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). PAS, Umno dan penyokong mereka bukan membantah ICERD sangat.

Malah bukan mereka tahu sangat apa itu ICERD. Ramai-ramai yang menyokong ICERD bukan benar-benar tahu apa itu konvensyen tersebut.

Perhimpunan besar Sabtu lepas ini sejenis “peperangan budaya”, atau cultural war. Ia sejenis pertembungan naratif yang cuba membentuk tanggapan; naratif mana lawan naratif apa. Kita harus memperhalusinya supaya tidak membentuk rumusan yang salah dan akhirnya melaksanakan penyelesaian yang salah.

Perkembangan ini mengingatkan saya politik Amerika Syarikat selepas Barack Obama. Lapan tahun pemerintahannya, banyak penambahbaikan dan perubahan diperkenalkan tetapi banyak juga kesalahan. Akan tetapi apa yang tidak diuruskan dengan baik di sana adalah pertembungan naratif.

Obama sebagai presiden itu sendiri telah mencarik-carik naratif Amerika Syarikat yang sebelum ini hanya mengenali presiden berkulit putih, atau paling tidak bukan berkulit hitam.

Melihat Obama berjaya itu sendiri suatu yang menggugat “the essential core of existence” buat warganegara tersebut yang merasakan “negara Paman Sam” itu mestilah negara kulit putih. Melihat Michelle Obama sebagai ikon sofistikated itu sendiri menggugat keyakinan bahawa hanya kulit putih mempunyai keupayaan untuk sesuatu yang canggih.

Dipendekkan catatan ini, naratif ketuanan kulit putih menang. Calon presiden Demokrat Hillary Clinton kalah. Ada banyak sebab tetapi semua itu kini sudah tinggal akademik. Sekarang calon Republikan Donald Trump yang memerintah.

Naratif ketuanan

Bukan semua kulit putih menyokong naratif ketuanan ini seperti kita semua tahu. Sementara yang menyokong Trump ada keresahan lain pula seperti kemiskinan dan tiada pekerjaan. Akan tetapi memilih platform ketuanan kaum atau agama sebagai wahana menyuarakan ketidakpuasan hati merupakan suatu fenomena yang harus kita teropong dengan cermat.

Begitulah juga dengan isu dah perhimpunan ICERD baru-baru ini. Ia bukan mengenai ICERD. Ia mengenai segmen Melayu yang tidak mahu menerima kepimpinan pelbagai kaum yang ada dalam Pakatan Harapan (PH).

Andaian mereka, anasir-anasir seperti DAP dan P Waytha Moorthy, menteri yang mengurus integrasi kaum, mempengaruhi keputusan Putrajaya. Lebih mudah, mereka mengandaikan kaum Cina dan India mengawal pentadbiran.

Benarlah, kita tahu andaian mereka itu bohong. Namun kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berusia 93 tahun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula tidak memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu, manakala PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak dilihat sebagai mewakili umat Melayu, maka dilemparkan tohmahan-tohmahan berbau perkauman.

Mereka tahu tiada siapa mampu menjadikan Dr Mahathir, seorang pemimpin Melayu yang disegani, sebagai “puppet”. Siapa dalam PH yang berani menjadikan beliau “puppet”?

Baru tadi perdana menteri menjawab isu taman negara, atau tanah kesultanan, Pulau Kukup di Johor dengan tegas. “Kerajaan persekutuan bukan orang luar,” katanya, menjawab kenyataan istana. Calang-calang pemimpin pasti rebah jika dihadapkan tekanan seumpama ini.

Isu pulau itu sebagai contoh kepemimpinan Dr Mahathir yang tegas dan jelas. Jadi, bagaimanapun kita melihanya, beliau tidak goyah dengan perhimpunan ICERD di tepi Dataran Merdeka. Musuhnya bagaimanapun terus mengipas propaganda bahawa pentadbiran beliau ini dikawal Cina dan India.

Ada dakwaan beliau sudah membuat pusingan U apabila enggan meratifikasi ICERD. Sejak bila pembangkang mula melawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini? Saya yang pernah mengikuti tarbiyah PAS di Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2002) sendiri melawan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat ini di Jalan Tun Razak sahaja.

Namun Dr Mahathir melawan Barat dengan bersahabat dengan Fidel Castro, pemimpin Cuba waktu itu, dan mengkritik dasar apartheid sejak awal pentadbirannya lagi. Jadi, elok simpanlah khutbah bahawa beliau membuat pusingan U.

Tidak yakin PH lindungi Melayu

Kita kembali kepada mauduk asal, oleh kerana beberapa faktor, maka ada orang Melayu tidak yakin PH akan melindungi orang Melayu. Atau yang lebih mustahak, mereka tidak yakin PH ini sejajar atau menepati naratif bahawa Malaysia ini milik orang Melayu (atau Islam).

Jadi, persoalannya sekarang, apa langkah ke hadapan buat Pakatan Harapan?

Berita baik daripada segala isu berkaitan ICERD dan demonstrasi hujung minggu lalu, ia berlaku awal dan bukannya dekat dengan pilihan raya umum ke-15.

Masih ada banyak waktu untuk menguruskan persepsi dan banyak waktu untuk segera melakarkan rencana konkrit, terutamanya yang berkaitan meningkatkan taraf ekonomi rakyat Malaysia.

Kegusaran saya pula adalah, oleh kerana kuatnya henjutan yang dilakukan gabungan pembangkang, PH akan terjerumus mengikuti formula yang sama dengan Umno-Barisan Nasional. Kita sedar bahawa formula itu akan melingkupkan negara walau keresahan beberapa segmen orang Melayu dapat diredakan. Jadi pendekatan seumpama itu sama sekali bukan pilihan.

Sekiranya kita mahu berperang melawan naratif tersebut, kita mesti berperang bersungguh-sungguh, jangan sekadar 50-50. Peperangan ini di antara naratif fasis Melayu (walau tidak semua yang hadir membantah ICERD itu fasis) dengan naratif harapan. Namun apa Naratif Harapan?

Persoalan inilah yang harus dirumus sesegera mungkin. Naratif Harapan bukan naratif liberal Kuala Lumpur, bukan naratif sosialis, bukan pula naratif cauvinis kaum atau agama. Sukar memikirkan Naratif Harapan?

Sudah pasti. Kerana ia seharusnya menjadi naratif nasional, naratif kebangsaan (saya cadangkan PH atau Harapan ditukarkan kepada Harapan Kebangsaan) Jangan juga alpa kebangsaan ini merangkumi Sabah dan Sarawak. Ia bukan persoalan Semenanjung sahaja.

Jika fasis Melayu mahukan perang budaya, dengan membawa naratif fasis Melayu, kita mesti melebarkan medan biar ia menjadi lebih besar sehingga mereka juga harus sama-sama menongkah arus memaknai “makna naratif kebangsaan” ini.

Harapan generasi kedua PH

Saya juga ingin mencadangkan generasi kedua pemimpin PH, seumpama Datuk Seri Azmin Ali, Anthony Loke, Gobind Singh Deo, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Derell Leiking dan pemimpin-pemimpin lain (nota: tolong, jangan bahas masalah kepuakan parti di sini, letih), untuk mengadakan perbincangan bagi menampilkan secepat mungkin dengan 10 Perkara yang akan mereka laksanakan.

Manakala pemimpin PH, terutamanya dalam kabinet, harus bermuhasabah kerana ada tindakan atau perkataan mereka yang mungkin tidak disengajakan akan tetapi menjejaskan kerajaan PH.

Kepimpinan yang berkeupayaan bekerja seolah-olah tidak ada pada gabungan fasis Umno dan PAS. Mereka tiada kepimpinan dinamik dan kelihatan mampu melaksanakan kerja dengan cekap. Ada seorang dua, namun bukan di peringkat barisan kepemimpinan. Manakala bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin belum pasti mahu bersama segmen fasis keagamaan partinya dan PAS.

Yang terakhir, pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dalam kes-kes rasuah harus segera didakwa dan dihukum. Pastinya cabang eksekutif tidak mencampuri cabang kehakiman, namun Jabatan Peguam Negara harus kategorikan kes-kes mereka ini sebagai berprofil tinggi.

Jika ada bukti yang cukup, segera dakwa dan jika bersalah mereka dipenjara. Mereka yang rasuah itu mengkhianati amanah bangsa. Apakah pendukung semangat Islam dan sentimen Melayu mahu dikaitkan dengan golongan perasuah? Baiklah, kita lihat nanti.

Manakala itu segmen-segmen tertentu yang baru-baru ini bergabung dengan gerakan anti-ICERD, namun bukan menganut ideologi fasis Melayu Islam, usahlah bersama gabungan itu. Anda adalah golongan terhormat kerana mahukan keadaan dan kerajaan yang lebih baik.

Jika anda tidak suka PH, anda buatlah gabungan anda sendiri. Jadilah kumpulan pendesak atau jadi parti politik melawan PH, Umno dan PAS sekali gus.

Kepada penyokong PH pula, sudah-sudahlah jadi lembik. Kita mesti ingat PH ini bukan Islamis, bukan Malaysian Malaysia, bukan kiri dan bukan fasis Melayu. Cukup. Kita adalah suatu perjuangan kebangsaan.

Eekmal Ahmad,
sarjana sejarah SOAS,


MR :  PH tak ada naratif sekadar manipulasi dan persepsi... sampai bila PH mampu bertahan.. adakah umur PH sama dengan umur extra Mahathir?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Artikel 'Lawan naratif PAS-Umno, PH mesti bina naratif baru' adalah artikel sampah yang ditulis berdasarkan emosi,bkhayalan, prasangka buruk dan andaian syok sendiri penulis tanpa sebarang kajian saintifik yang betsifat objektif dan berdasarkan data, fakta dan bukti.

    Jika belajar di SOAS untuk menjadi pengampu pH, buanglah sarjana sejarah ke laut. Buang masa sahaja sebab tiada bezanya dengan professor kangkung.

    Kita nak tanya penulis mana bukti kononnya [Quote]PAS, Umno dan penyokong mereka bukan membantah ICERD sangat.
    Malah bukan mereka tahu sangat apa itu ICERD. Ramai-ramai yang menyokong ICERD bukan benar-benar tahu apa itu konvensyen tersebut.[Unquote]???

    Bagaimana boleh penulis boleh membuat andaian bodoh yang tidak berasas ini? Mana data , analisis dan sintesis dll? Mana bukti? Mana fakta? Mana korelasi? Mana buku-buku ilmiah dll yang menjadi rujukan?

    Kami peserta perhimpunan 812 amat memahami tentang ICERD dan kesan buruknya ke atas hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu dll.

    Bekas ketua hakim dan peguam-peguam Muslim, pemimpin PAS , NGO Islam dan UMNO, mufti dll telah menjelaskan bagaimana ICERD boleh menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu.

    Oleh sebab itu kami semua sanggup menggunakan wang kami sendiri membiayai makan minum, penginapan dan perjalanan kami ke perhimpunan 812 yang dianjurkan oleh parti Islam PAS, NGO Islam dan parti Melayu UMNO di Kuala Lumpur untuk menentang ICERD pada 8 hb Disember 2018.

    Kami juga menentang pH sebab pH telah menipu rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu untuk memenangi PRU.

    Dan sekarang pH menggunakan fitnah, putar belit, auta dan u-turn untuk memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pH sendiri.

    Ekonomi, pelaburan asing, nilai ringgit dll merundum dan beban rakyat semakin berat kerana harga barang keperluan meningkat tinggi dan rakyat terpaksa membayar tol, PTPTN, harga minyak yang tinggi di waktu harga minyak dunia jatuh dan GST dihapuskan dan cukai GST dipaksakan ke atas rakyat.

    Kami yakin pH akan kalah dalam PRU 15 kerana umat Islam telah menyedari pH bersikap negatif terhadap agama Islam, hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu, hak Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dll.

    Bahkan pH telah melakukan kezaliman dengan memecat beribu-ribu kakitangan awam yang terdiri dari kaum Melayu Islam. Bahkan peguam negara Melayu, ketua hakim Melayu dll telah dipecat.

    Sejak pH menjadi pemerintah, puak munafik liberal dan puak kafir harbi semakin berani menghina agama Islam dan umat Islam secara terbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Ekonomi, pelaburan asing, nilai ringgit dll merundum dan beban rakyat semakin berat kerana harga barang keperluan meningkat tinggi dan rakyat terpaksa membayar tol, PTPTN, harga minyak yang tinggi di waktu harga minyak dunia jatuh dan GST dihapuskan dan cukai SST yang lebih berat dipaksakan ke atas rakyat.

      Padam
    2. Nothing in all the world is more dangerous than sincere ignorance and conscientious stupidity.

      The same thing applies to the rubbish article above.

      Padam