Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah arah kira semula undi Tasek Gelugor dimenangi BN


GEORGE TOWN: Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan petisyen PPBM untuk mengira semula undi di kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihan raya umum, Mei lalu.

Hakim Hashim Hamzah menetapkan 2 Jan untuk pengiraan semula undi di kawasan itu dan 14 Jan untuk pengurusan kes.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Marzuki Yahya dari PPBM yang kalah kepada calon Umno, Datuk Shabudin Yahaya dengan 81 undi, berkata semua 136 Borang 14 akan dibawa ke mahkamah bagi sesi pengiraan semula.

“Mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya membawa semua Borang 14 untuk Tasek Gelugor, dipecah meterai, dan diteliti oleh peguam kedua-dua pihak di depan Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 2 Jan,” katanya.

Shabudin telah keluar dari Umno.


Borang 14 adalah dokumen yang mengesahkan jumlah undian calon yang diperoleh dari setiap pusat mengundi.

Marzuki mengemukan petisyen untuk perbicaraan semula selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan kes itu mesti didengar di Mahkamah Khas Pilihan raya sekali lagi, kerana ia mengambil kira bilangan undi.

Timbalan menteri luar itu memfailkan petisyen untuk memohon pengiraan semula 689 undi rosak dan 297 undi pos yang tidak dikembalikan.

Pada 18 Sept, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kes itu kerana isu teknikal. Beliau kemudian merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Rafique berkata Borang 14 dari daerah mengundi di Tasek Gelugor akan diperiksa untuk menentukan jumlah undi yang tepat bagi setiap calon.

Beliau berkata setiap borang akan diperiksa semula dari rekod rasmi SPR, salinan yang dipegang oleh BN dan PPBM.

Rafique berkata jika jumlah berbeza dalam Borang 14 yang dimeterai dalam kotak, berbanding dengan salinan yang diberikan kepada BN, ia akan menjadi “janggal”.

MR :  Ini kes pertama seumpama ini..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: