Mahkamah bebas blogger muat naik gambar palsu Najib
KUALA LUMPUR: Seorang blogger sambilan yang memuat naik pautan memaparkan gambar palsu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya 3 tahun lalu, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memaklumkan pihaknya menarik balik tuduhan ke atas tertuduh, Abdul Muhaimin Mohd Muhayedi, 29.
Goh berkata tuduhan itu ditarik balik selepas Jabatan Peguam Negara menerima dan berpuas hati terhadap representasi dikemukakan tertuduh melalui peguamnya, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.
“Mohon mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan itu,” katanya ketika prosiding sebutan semula bagi mengetahui keputusan representasi itu yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, Ogos lepas.
Pada 18 Mei 2016, Abdul Muhaimin mengaku tidak bersalah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook “Adam Mukhriz Muhayeddin” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 1 tengah hari, 20 Okt 2015.
Pautan itu kemudian dibaca seorang blogger lain di sebuah unit di Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 6, Ampang Jaya, pada 9.45 pagi, 22 Okt 2015.
Abdul Muhaimin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
MR : Ramai yang bebas semenjak naiknya kerajaan PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP



MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
member mesti tolong member
BalasPadamBiasa le bila lg nak tolong member tngh ada kuasa ni la
Padamconteng arang ke muka Mesia Bari, siap ko
BalasPadamconteng arang di muka Mesia Lama, no hal nyer
Tambi Dhobby boleh cuci dan lipat dalam lemari.
Bereh sokmo