Header Ads

ads header

Flash News

MBSA robohkan struktur binaan tanpa kelulusan


SHAH ALAM - Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan struktur binaan kedai bersebelahan Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19 hari ini adalah kerana dibina secara haram selain mendapat banyak aduan daripada orang awam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah mengikut lunas undang-undang setelah pemilik tidak mengendahkan notis yang dikeluarkan sebelum ini.

"Pihak MBSA telah menerima aduan berhubung struktur binaan tanpa kelulusan yang telah dibina di atas rezab jalan atau kawasan hijau di bawah selenggaraan MBSA.

"Struktur yang dibina tanpa kebenaran itu termasuk binaan khemah, garaj kereta dan stor. Hasil pemeriksaan pihak MBSA ini juga mendapati struktur ini dijadikan gerai untuk tujuan jualan dan difahamkan juga jualan dilakukan oleh warga asing," katanya ketika dihubungi.



Selain itu, Shahrin berkata sebelum ini MBSA telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) kepada pemilik supaya struktur berkenaan dirobohkan namun tidak dipatuhi oleh pemilik struktur tersebut.

Dalam pada itu, Shahrin menjelaskan MBSA juga telah berhubung dengan pihak pengurusan masjid sebelum operasi perobohan dilakukan.

Katanya, pihak pengurusan masjid tiada halangan untuk memberikan kerjasama kepada PBT malah mengesahkan struktur itu bukan di bawah pengurusan masjid.

"Pihak MBSA juga telah menghubungi pihak pengurusan masjid sebelum operasi dijalankan dan pihak pengurusan masjid mengesahkan tiada kaitan dengan struktur tersebut.

"Sekali lagi, MBSA ingin menegaskan bahawa operasi ini dijalankan hanya untuk merobohkan struktur yang dibina tanpa kebenaran (khemah, garaj kereta, stor) di atas rezab jalan atau kawasan hijau di bawah selenggaraan MBSA.

"Diharapkan makluman ini dapat memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung tujuan operasi ini diadakan," katanya.


MR :  Kalau bina kuil di situ, memang tak roboh, siap dapat lagi pampasan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan