Nurul Izzah letak semua jawatan selepas dikritik bagi perlantikan pengerusi PKR Pulau Pinang
Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR.
Nurul Izzah juga melepaskan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.
Bagaimanapun anak presiden PKR itu tetap mengekalkan keanggotaan parti serta menjadi penyokong kerajaan di parlimen.
Dalam kenyataan itu Nurul Izzah berkata keputusan melepaskan jawatan kanan itu bukanlah sesuatu yang mudah.
"Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.
"Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan," katanya.
Dalam kenyataan sama Nurul Izzah berkata beliau juga tidak lagi akan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.
Buat keputusan betul
Untuk rekod Nurul Izzah dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Kata Nurul Izzah, 38, kepemimpinan PKR sudah dimaklumkan mengenai keputusannya itu.
"Tugas saya sebagai anggota parlimen untuk rakyat Permatang Pauh akan diteruskan sehingga tamat penggal.
"Saya juga akan kekal sebagai anggota biasa PKR.

"Saya juga tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti. Mengenai kedudukan saya dalam syarikat berkaitan kerajaan Pulau Pinang, ia terserah kepada pimpinan parti," katanya.
Langkah melepaskan jawatan itu juga, kata Nurul Izzah, memberi peluang kepadanya menilai kedudukannya dalam politik untuk membuat keputusan yang betul.
"Saya juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pemimpin dan parti," katanya.
Pelantikan pengerusi PKR negeri dibuat kepimpinan tertinggi parti itu dan diumum presidennya Anwar Ibrahim
Pengumuman itu menyaksikan ada beberapa tokoh kurang dikenali dilantik menjadi pengerusi dan menimbulkan rasa kurang puas hati sesetengah pihak dalam PKR.
MR : Ini baru ombak pertama, musim tengkejuh belum lagi.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kui kui kui tanda-tanda awal perpecahan PH. sama-sama kita tunggu next episod. ini tentu lebih best dari drama akasia.
BalasPadam