Header Ads

ads header

Flash News

PH mesti tunai janji manifesto kepada Sabah, kata Dompok


KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertanggungjawab memenuhi janji manifesto pilihan rayanya kepada Sabah, kata bekas ketua menteri, Tan Sri Bernard Dompok.

Presiden kehormat Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu itu berkata, kerajaan persekutuan mesti menunaikan janji hendak mengembalikan hak Sabah dan Sarawak menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti tercatat dalam manifesto mereka.

Beliau berharap kerajaan kini akan bersikap adil dan menimbangkan penyertaan semua parti politik dalam jawatankuasa khas MA63 yang diwujudkan sebelum ini.

“Ini akan memastikan jawatankuasa itu berada di atas landasan tepat bagi memulihkan hak Sabah.

“Kerajaan sekarang mesti mengambil langkah yang jelas. Semua pihak mesti diwakili dalam jawatankuasa (MA63),” katanya ketika menghadiri Siri Syarahan Kerusi Kadazandusun Universiti Malaysia Sabah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengulangi sokongan penuh kepada presiden Upko, Datuk Madius Tangau dan keputusan parti itu meninggalkan Barisan Nasional (BN) selepas bekerjasama dengan Warisan dan PH bagi membentuk kerajaan Sabah yang baru.

Tangau mengetuai 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Upko keluar daripada BN pada 11 Mei lepas.

Beliau dilantik sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan industri negeri, sementara Adun Upko, Ewon Benedick dilantik sebagai menteri pembangunan luar bandar.

“Saya sokong keputusan Tangau bekerjasama dengan Shafie (Apdal), tetapi langkah itu tidak dibuat supaya saya dikekalkan sebagai duta ke Vatican,” katanya.

Dompok merupakan seorang daripada beberapa wakil Malaysia ke negara asing yang dipanggil balik selepas PH mengambil alih kerajaan pusat Mei lepas dan jawatan beliau itu belum diisi sehingga kini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan