Presiden MCA baharu, Datuk Seri Wee Ka Siong kunjung Najib hari ini.
Presiden MCA baharu, Datuk Seri Wee Ka Siong berkunjung bertemu saya hari ini.
Kami berbincang tentang halatuju negara, BN dan isu-isu yang melibatkan kaum Cina di Malaysia di bawah kerajaan PH.
Sedih bila beliau maklumkan kepada saya tentang peruntukan pengurusan tahun 2019 untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) telah dimansuhkan sepenuhnya oleh Guan Eng kerana dendam politik.
TARUC dibina di atas usaha MCA sejak tahun 1969 dan telah berjaya mendidik seramai 200,000 rakyat Malaysia dari berbilang kaum termasuk beberapa menteri kerajaan PH hari ini.
Tahun ini sahaja, 20,000 pelajar menuntut ilmu di TARUC.
Ini merupakan tahun pertama di mana TARUC tidak lagi diberi sebarang bantuan dari kerajaan untuk kos pengurusan tahunan mereka.
Lebih daripada RM1bil peruntukan pengurusan telah disalurkan oleh Kerajaan BN kepada TARUC di samping RM340juta peruntukan pembangunan dalam tempoh 50 tahun sejak tahun 1969.
Yuran TARUC kini ialah paling murah di antara semua Institut pengajian tinggi bukan kerajaan.
Oleh kerana peruntukan dimansuhkan atas dendam politik, yuran TARUC untuk tahun depan mungkin naik ataupun jumlah pelajar mungkin dikurangkan kerana TARUC memberi subsidi kepada setiap pelajar.
Walaupun berbeza haluan politik, janganlah menzalimi pelajar-pelajar yang tidak berdosa.
NAJIB RAZAK
MR : Politik Malaysia makin celaru dan tidak menentu
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP



MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
MCA mesti takut nak keluar BN bila tengok perpaduan orang Melayu dalam himpunan 812. Umno mesti terus tolak MCA yang tak lain hanya sebagai macai DAP
BalasPadam