Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah Kebangsaan Menjadi Sekolah Agama : Satu Kenyataan Menyimpang


Satu hari belajar topik agama di sekolah kebangsaan?

Terlalu banyak ulama satu masalah sebab akan ada perbezaan, sesatkan pengikut-pengikutnya dan akhirnya menimbulkan persengketaan?

Membaca Al-Quran tidak dikira sebagai belajar bahasa lain?

Ini semua adalah kenyataan menyimpang.

Hakikatnya, tempoh pembelajaran agama di sekolah kebangsaan adalah lebih kurang sama sahaja dengan tempoh pembelajaran subjek-subjek lain seperti sains, matematik, sejarah dan juga bahasa.

Hakikatnya, melahirkan seramai mungkin ulama tidaklah pernah menjadi satu permasalahan sebaliknya rahmat kepada alam ini kerana merekalah yang akan membimbing kita bagi menyediakan diri untuk satu kehidupan yang kekal abadi selepas kehidupan di dunia ini.

Hakikatnya, perbezaan dalam kalangan ulama bukanlah satu isu kerana mereka mengeluarkan pandangan berdasarkan tahap keilmuan mereka yang semestinya ada asasnya berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Hakikatnya, perbezaan pendapat ini adalah satu lumrah kehidupan tidak terhad kepada bab agama sahaja.

Hakikatnya, dalam politik juga ada perbezaan. Ada yang setuju dengan GST dan ada yang setuju dengan SST. Ada yang setuju dengan ICERD dan ada yang tidak setuju dengan ICERD. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertelingkah dalam isu-isu melibatkan politik.

Berbalik kepada kenyataan Tun Mahathir yang menyimpang tersebut, berbondong-bondonglah puak sekular ini memuji kenyataan Tun Mahathir ini di media berhaluan kiri dan berkata lebih kurang seperti berikut:

'Sekolah bukan tempat belajar agama, belajar agama di rumah atau institusi agama sahaja'

'Agama adalah antara individu dengan tuhan sahaja, keluarkan pembelajaran agama daripada sistem pendidikan'

'Tun tahu punca sebenar permasalahan'

'Pembelajaran agama di sekolah punca perpecahan kaum'

Sebagai PM yang beragama Islam, kenyataan Tun Mahathir amatlah mengecewakan umat Islam kerana memberi peluang kepada puak berhaluan kiri ini untuk bersikap lebih berani menyuarakan pandangan mereka yang tidak sukakan pembelajaran agama Islam di sekolah.

Tatkala rakyat bangsa majoriti di negara ini mahukan sekolah satu sistem sahaja demi perpaduan nasional, kenyataan Tun ini hanya memberi imej negatif kepada sekolah nasional seolah-olah fokus diberikan kepada pendidikan Islam sahaja sedangkan pendidikan agama dan juga ilmu keduniaan diberikan penekanan seimbang.

Lebar perbezaan persefahaman antara kaum semakin besar dengan kenyataan Tun Mahathir ini yang menyulitkan perpaduan nasional.

Sekian.

Muhammad Hazmi Hamzah,
Ketua Unit Analisis Isu Semasa Nasional,
Professional Muslim Community (PMC).
22 Disember 2018


MR :  Sekolah bukan tempat belajar agama? Ni aku nak 'sekolah'kan kenyataan 'bodoh' ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan