Header Ads

ads header

Flash News

Speaker arah Sivarraajh keluar Dewan Rakyat


Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengarahkan C Sivarraajh (BN-Cameron Highlands) meninggalkan persidangan hari ini selepas statusnya menjadi tanda tanya siusulan keputusan mahkamah baru-baru ini.

“Jadi untuk sementara waktu sila tinggalkan majlis, dapatkan pendapat peguam, berikan kepada pejabat speaker.

“Ini perkara penting sebab saya tidak mahu perkara ini dijadikan sebagai suatu precedent untuk masa akan datang,” kata Ariff.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Sivaraajh yang juga adalah naib presiden MIC.

Bagaimanapun, Sivarraajh mempertahankan kehadiran beliau dengan alasan Mahkamah Tinggi belum menghantar notis kehakiman kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memaklumkan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands telah dikosongkan.

"Jadi saya menghormati proses perundangan. Saya dah periksa dengan pakar (peguam) saya, selagi Mahkamah Tinggi tak hantar notis kehakiman kepada Speaker untuk memaklumkan bahawa kerusi Cameron Highlands telah dikosongkan, saya masih jadi ahli parlimen, saya masih boleh hadir dewan.

"Jadi saya dah periksa tapi saya rasa apa Jelutong (RSN Rayer) itu buat saja nak memalu-malukan, tunjuk kuasa dia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sivarraajh berkata, beliau ingin berjumpa Speaker untuk menjelaskan kehadirannya hari ini.

RSN Rayer (PH-Jelutong) mendakwa Sivarraajh tiada hak lagi untuk berada di dalam Dewan selepas kerusi Parlimen itu dikosongkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan kehadiran Sivaraajh dipersoal RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran membuat penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, kira-kira 10 minit sebelum dewan berhenti rehat.

“Mahkamah putuskan kerusi Cameron Highlands dilapangkan kerana pada pilihan raya umum lalu terdapat unsur rasuah melibatkan Cameron Highlands. Keputusan itu masih lagi kekal. Dewan ini tidak dimaklumkan apa-apa keputusan baharu.

"Saya ingin tarik perhatian pengerusi (Speaker Dewan Rakyat) atas dasar apa Cameron Highlands boleh masuk dan duduk di tempat beliau, kita patut hormati keputusan mahkamah,” kata Rayer.

Atas celahan berkenaan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bertanya kepada Sivarraajh sama ada keputusan mahkamah berkenaan disekalikan dengan perintah penggantungan sementara.

Menjawab soalannya, Sivarraajh berkata beliau tidak pasti sama ada beliau boleh hadir ke Dewan Rakyat atau sebaliknya.

“Saya tidak pasti, tapi saya ada 14 hari (untuk membuat rayuan),…penggantungan sementara (sepatutnya) automatik bila saya buat rayuan,” katanya.

Menganggap perkara ini sebagai satu perkara penting untuk ditentukan dengan jelas, Mohamad Ariff kemudian mengarahkan supaya Sivarraajh meninggalkan Dewan Rakyat buat sementara sehingga beliau mendapatkan nasihat peguam pakar.

“Saya ingin nasihatkan Cameron Highlands jumpa peguam pakar untuk putuskan sama ada rayuan difailkan secara automatik akan mengakibatkan penggantungan (sementara) keputusan mahkamah, ini penting. Jika tidak ada penggantungan sementara, (maka) anda adalah orang asing di Dewan Rakyat

“Untuk sementara waktu sila tinggalkan Dewan, dapatkan nasihat peguam dan berikan kepada Speaker," katanya.

Sivarraajh yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau telah mendapatkan nasihat pakar memaklumkan selagi Mahkamah Tinggi tidak menghantar notis penghakiman kepada Speaker bahawa kerusi Cameron Highlands dikosongkan, beliau masih lagi anggota Parlimen digazetkan dan masih boleh hadir ke Dewan Rakyat.

“Saya akan jumpa Speaker untuk jelaskan,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. banyak cara nak dapatkan kerusi

    1. fulus

    2. mulus

    3. cry wolf

    4. pembatalan tol

    5. tumpang tuah

    6. kipas satay

    7. yada yada

    BalasPadam
  2. Lagi satu sejarah diciptakan. PH memang pakar cipta sejarah.

    BalasPadam