Header Ads

ads header

Flash News

Tabung Haji buat laporan polis terhadap bekas pengurusan tertinggi


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) semalam membuat 2 laporan polis terhadap bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Ia berkata, laporan yang dikemukakan itu adalah siasatan dalaman yang pertama dalam transaksi masa lalu, yang dipimpin oleh pengurusan baru sejak Julai 2018.

Kakitangan kanan yang terbabit adalah Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

Laporan pertama membabitkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 di mana dana berjumlah lebih RM22 juta disalurkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

“Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH,” menurut TH dalam kenyataan malam tadi berhubung laporan polis dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di sini.

Ia berkata, pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi Azuan dan Rozaida.

YTH ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan serta menyalurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, miskin dan yang memerlukan.

TH menyumbang RM7 juta kepada program tersebut.

Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlinda dan Rifina adalah berkaitan dakwaan salah nyata dan menyekat maklumat material melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95% dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh 2 anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM3.7 bilion).

Menurut kenyataan itu, PT TH Indo Plantations memiliki 83,000 hektar ladang kelapa sawit di Indonesia.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Usah hadkan kepada satu lapisan penjawat di belakang saja, buatlah siasatan meliputi 7 lapisan di belakang... itupun kalau tidak mahu dilabelkan sebagai pilih bulu dan ikut teluntuk HANTU dalam mencari sampah sarap di bawah karpet.

    BalasPadam