Header Ads

ads header

Flash News

Terpulang pada saya, PM jawab desakan pecat Waytha


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang padanya sama ada P Waytha Moorthy kekal dalam jemaah menteri atau tidak, menjawab desakan ramai pihak yang mahu dia dipecat, susulan kematian seorang anggota bomba yang cedera dalam keganasan kuil Seafield bulan lepas.

“Orang ramai boleh nyatakan pendapat mereka, tapi terpulang kepada saya untuk membuat keputusan,” kata perdana menteri kepada pemberita selepas melancarkan kuliah kepimpinan anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di Hotel Istana malam tadi.

Ramai dalam kalangan rakyat, terutama di media sosial, menyalahkan Waytha dan sekurang-kurangnya seorang lagi pemimpin kerajaan atas kejadian yang membawa kepada kematian Muhammad Adib Mohd Kassim. Antara yang bersuara termasuk Pemuda PPBM, yang menujukan lagu “Time to Say Goodbye” buat menteri itu.

Waytha memegang portfolio perpaduan dan integrasi nasional dalam pentadbiran Dr Mahathir.

Kemarahan itu berkaitan dengan reaksi Waytha terhadap keganasan yang menyusuli pertikaian mengenai tanah antara kumpulan penganut Hindu dan pemaju, apabila dia dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan berketurunan India menuduh polis lambat menghalang perusuh.

Waytha juga didakwa gagal meredakan ketegangan kaum dalam isu kuil Seafield itu, yang menyaksikan beberapa kenderaan terbakar dan kompleks One City berdekatan dirosakkan perusuh.

Tetapi, Dr Mahathir berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi kerja Waytha.

“Saya okay, saya rasa okay,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM ditanya mengenai amaran Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dilapor berkata bekas pemimpin Umno yang menyertai partinya akan membawa masuk penyokong masing-masing dan mahu mengambil alih PPBM.

“Tak akan sesekali berlaku. Mereka tak boleh pegang sebarang jawatan sehingga pemilihan akan datang,” katanya ringkas.

MR :  Terpulang kepada rakyat nak biar kena kencing lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Jangan terlalu angkuh tok . Orang ramai dah bersuara hormatilah kerana orang ramai itulah yang melantik tok. Apa yang okay nya Waytha. Atok bukan nak kasi reda keadaan too much Atok. Kata sayang rakyat? Sangat sangat kecewa dgn kata kata Atok.

    BalasPadam
  2. ingat judi ingat dompetQQ agen PokerV terbaik

    BalasPadam