Header Ads

ads header

Flash News

Annuar: Semenyih ‘pungutan suara’ Melayu sokong, tolak ‘taawun’ PAS-Umno


KUALA LUMPUR, 30 Jan — Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Semenyih bakal menjadi penentu sama ada “taawun” Umno dan PAS diterima atau sebaliknya.

“PRK Semenyih awal Mac nanti adalah juga satu referendum (pungutan suara) sama ada rakyat merestui ‘taawun’ (kerjasama) Umno-PAS, setelah kerjasama dua parti berjaya menewaskan calon DAP dengan majoriti yang selesa di Cameron Highlands,” tulis setiausaha agung Umno di Twitter.

Dalam PRK Camerong Highlands, Barisan Nasional (BN) mencatat pertambahan undi majoriti, daripada 597 pada pilihan raya tahun lalu kepada 3,238.

PRK Semenyih pula diadakan susulan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pengundian ditetapkan pada 2 Mac depan manakala proses undian awal pada 26 Februari.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang dalam saingan empat penjuru, menewaskan calon BN, PAS dan PSM.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. 3:147 Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

    BalasPadam