Header Ads

ads header

Flash News

Apakah yang akan berlaku jika hanya ada orang Melayu di Malaysia?


PETALING JAYA: Pergelutan yang berlaku dalam masyarakat Melayu di negara ini adalah konflik kelas yang melibatkan pertembungan kelas atasan dengan kelas bawahan kaum itu, kata bekas seorang ahli akademik.

Dr Syed Husin Ali berkata, masyarakat Melayu tetap akan berhadapan dengan konflik itu meskipun negara ini hanya dihuni oleh kaum itu sahaja.

Jelasnya, jika situasi itu berlaku, pertembungan darjat antara orang Melayu kelas bawahan dengan orang Melayu kelas atasan akan berlaku.

“Masih akan ada golongan rakyat di bawah yang miskin dan susah, sementara tetap juga akan ada golongan Melayu kapitalis yang kaya-raya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah bentuk konflik yang akan dihadapi oleh masyarakat Melayu sekiranya negara ini hanya didiami oleh satu bangsa sahaja.

Syed Husin berkata, sekiranya situasi itu berlaku, masyarakat Melayu akan berhadapan dengan 2 kepentingan berbeza.

Pertama kata beliau, adalah kepentingan nilai seperti agama dan moral, manakala kedua adalah kepentingan berkaitan politik seperti perkembagan ekonomi dan pendidikan.

“Apabila kepentingan-kepentingan ini bertentangan, maka wujudlah konflik,” katanya.

Tambahnya lagi, konflik antara kelas adalah jauh berbeza dengan konflik kaum, seperti yang dialami oleh negara pada ketika ini.

“Misalannya, jurang kekayaan dalam kalangan Melayu. Orang Melayu yang di bawah akan menganggap mereka miskin kerana kekayaan dikumpul oleh kelompok (orang Melayu kaya) yang sedikit. Justeru, timbullah konflik,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila situasi itu berlaku, negara akan berhadapan pula dengan 2 jenis konflik, iaitu konflik tersembunyi dan konflik manifestasi (terang-terangan).

“Dalam konflik tersembunyi, orang hanya simpan dalam perasaan dan sebagainya. Dia tak berani nak bercakap dan luahkan (diskriminasi atau penindasan yang mereka rasakan).

“Dalam konflik manifestasi pula, dia terjemahkan perasaan itu. Ia terluah dengan wujudnya orang-orang yang marah. Itu peringkat yang rendah.

“Ataupun orang boleh sampai angkat senjata kerana marah. Keadaan ini boleh menimbulkan revolusi,” katanya.

Syed Husin merupakan bekas professor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM) dan pernah berkhidmat di universiti berkenaan selama hampir 30 tahun.

Beliau dipaksa meletakkan jawatan kerana terlibat aktif dalam politik kepartian.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Faisal Hazis berkata, masyarakat Melayu sudah boleh menilai situasi yang mungkin wujud sekiranya hanya orang Melayu berada di negara ini.

Situasi ini katanya, sudah pun berlaku di beberapa negeri di Malaysia.

“Kalau tengok kelompok dominan di negeri di Pantai Timur dan bahagian utara semenanjung Malaysia, mereka adalah orang Melayu.

“Persoalan kelas sudah wujud di sana. Jadi, rakyat boleh nilai sendiri kemungkinannya sekiranya hanya orang Melayu ada di Malaysia,” katanya kepada FMT.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. contoh negeri Cina dan India masih bercakaran sesama sendiri walaupin satu bangsa jadi kalau malaysia hanya ada bangsa melayu apa masalahnya ? Adakah sekarang lebeh baik melayu bumi putra tapi cina dan india berkuasa ?

    BalasPadam
  2. Jika wujud Melayu sekular, liberal, sosialis, kapitalis atau apapun ideologi selain Islam memang akan timbul pelbagai komplikasi. Sejarah telah membuktikan ideologi ciptaan manusia tidak pernah berjaya melainkan jika Islam yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pasti tidak timbul komplik. Jika melihat kejatuhan kerajaan Islam pun disebabkan oleh sikap perkauman yang jelas dilarang oleh Islam.

    BalasPadam
  3. Konflik kelas soaial menjdi asas lahirnya fahaman sosialis dan komunis yang bermula di Eropah. Sejarah alam Melayu nusantara amat jauh berbeza

    BalasPadam