Bekas Adun DAP ditahan terlibat kes tuntutan palsu RM30,000
SHAH ALAM, 23 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Selangor berhubung dua kes tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM30,000, hari ini.
Menurut sumber, lelaki berusia 41 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Selangor di sini pada 3 petang tadi.
Difahamkan bekas ADUN berkenaan berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Ia melibatkan pertuduhan membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015 berjumlah kira-kira RM30,000 sedangkan program tersebut tidak pernah dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. — Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan