Header Ads

ads header

Flash News

Bekas PM jangka hibah Tabung Haji bawah 3.5 peratus


Datuk Seri Najib Razak menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mereka-reka cerita bagi menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu sebagai alasan pemberian kadar hibah Tabung Haji (TH) lebih rendah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berkata punca, utama penurunan besar dalam pelaburan TH di dalam pasaran ekuiti adalah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) – iaitu selepas PH memerintah.

“Kita boleh lihat kejatuhan ketara pelaburan ekuiti TH ini di dalam lampiran daripada media Bloomberg yang menunjukkan nilai pelaburan TH pada permulaan tahun 2018 sebelum PRU14 berbanding nilai pada awal bulan Disember.

“Banyak lagi pelaburan TH dalam syarikat-syarikat yang lain turut rugi tetapi tidak ada dalam pengiraan ini. Sudah tentu kadar hibah TH tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

“Ini sebab utama mengapa hibah rendah untuk tahun 2018. Bukan kerana defisit atau apa-apa penyelewengan,” katanya menulis di Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menganggarkan kadar hibah TH untuk tahun akan datang berada di bawah 3.5 peratus setiap tahun.

Katanya, ia mengambil kira kaedah pelaburan yang baru, kos operasi TH dan kos untuk subsidi haji setiap tahun.

Terdahulu, TH memberi jaminan kumpulan itu mampu memberi hibah atau dividen 2018 kepada 9.3 juta pendepositnya.

Namun, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. Jangan letak harapan yang tinggi,” katanya.

MR :  itu terpaksa... kalau boleh mereka tak bagi pun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan