Header Ads

ads header

Flash News

Beli undi: Mana satu betul ni, bidas Najib


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik jawapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa bercanggah dengan kenyataan sekutunya, PKR berkaitan pemberian RM20 kepada Orang Asli di Cameron Highlands.

Kata Najib, Kit Siang wajar menjelaskan kenyataannya yang jelas bercanggah dengan jawapan daripada PKR.

“Umum maklum bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah keluarkan kenyataan iaitu sebarang bentuk sumbangan logistik dikategorikan sebagai amalan rasuah.

“Sebab itu saya katakan kenyataan Kit Siang dan PKR ada percanggahan. Oleh itu, Kit Siang mesti perjelaskan letak duduk sebenar status ‘sumbangan’ itu dan ia sepatutnya konsisten dengan amalan pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Padang Jawa, hari ini.

Terdahulu Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri mengesahkan DAP membayar sebanyak RM20 seorang kepada 60 penunggang motosikal dalam kalangan Orang Asli.


Malah beliau mempertahankan kejadian itu bukan beli undi seperti yang didakwa oleh pemimpin-pemimpin BN tetapi ia adalah pembayaran balik kos petrol sukarelawan PH.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam kenyataannya, berkata, PKR tidak menyokong apa-apa bentuk kaedah untuk meraih undi.

“Sokongan daripada pengundi perlu diperoleh melalui dedikasi dan komitmen calon berkhidmat kepada rakyat.

“Bagi pihak PKR, saya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli yang berasa tersinggung dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak,” ujarnya.

Semalam tular, seorang wanita yang berbaju merah lambang PH mengagihkan wang kepada Orang Asli dan gambar itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen berhubung ketelusan dalam pilihan raya.


MR :  PH tak perlu masa panjang untuk jadi pengkhianat rakyat seperti BN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan