Header Ads

ads header

Flash News

BERSIH desak kerajaan PH untuk pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya


PETALING JAYA: Kumpulan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 menggesa Putrajaya melaksanakan pengasingan kuasa peguam negara dan pendakwa raya, walaupun tanpa majoriti 2/3 di Parlimen.

Katanya, cadangan itu akan menamatkan “pendakwaan terpilih dan kekebalan” serta ahli politik yang melakukan kesalahan tidak boleh terlepas daripada hukuman, jika mereka pilih untuk menyertai kerajaan.

“Bersih membantah sepenuhnya propaganda yang pembaharuan memerlukan pindaan Perlembagaan seperti pemisahan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara tidak boleh dilakukan tanpa kerajaan mempunyai majoriti 2/3.

“Jika pembaharuan adalah mengesahkan saingan pelbagai parti, kenapa pembangkang perlu membantahnya? kata jawatankuasa pemandu Bersih dalam mesej Tahun Barunya.

Awal bulan ini, Umno dan PAS dilaporkan akan menyokong sebarang pindaan undang-undang untuk memisahkan kuasa peguam negara serta pendakwa raya yang memerlukan pindaan Perlembagaan.

Pakatan Harapan (PH) mengakui pemisahan kuasa ialah sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum ke-14 mereka, tetapi memberi alasan ia memerlukan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat untuk merealisasikan janji itu.

Bulan lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata PH berdepan halangan besar dalam meminda undang-undang berhubung perkara itu kerana ia tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen.

Setakat ini, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) memberi petunjuk kedua-dua parti itu akan menyokong usaha Putrajaya untuk meminda undang-undang.

Sementara itu, Bersih memuji Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil rakyat PH, Umno serta MCA menyuarakan bantahan terhadap tindakan ahli Parlimen keluar parti.

Umno memenangi 54 kerusi dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu yang menyaksikan kejatuhan parti itu selepas 6 dekad memerintah negara. Parti itu kini hanya mempunyai 37 ahli Parlimen, selepas sekumpulan besar wakil rakyat keluar parti yang turut menyebabkan Umno Sabah lumpuh.

Sementara itu, Bersih menggesa Jawatankuasa Pemilih berhubung pilihan raya dan parti politik mengkaji tindakan melompat parti serta membincangkan pindaan Perlembagaan dan undang-undang untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ia turut menggesa pembaharuan ke atas pembiayaan politik bagi dana awam yang diberikan kepada parti politik dan wakil rakyat untuk menghentikan rasuah, politik wang dan penyalahgunaan dana kerajaan.

“Bersih menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang mengetuai Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus untuk berbincang dengan semua parti mengenai masa depan saingan pelbagai parti.

“Untuk itu, Bersih akan mengadakan mesyuarat dengan 2 pemimpin itu dalam usaha mengukuhkan demokrasi pelbagai parti.

“Bersih mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat Malaysia dan semoga 2019 Malaysia menjadi negara harmoni, inklusif dan makmur yang diperkukuhkan melalui kemunculan demokrasi pelbagai parti yang lebih kuat.”


MR :  Bersih pun kena kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan