Header Ads

ads header

Flash News

BN bakal menang kerana aura Najib, faktor PAS - Ilham Centre


Badan kaji selidik Ilham Centre meramalkan BN akan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan berlangsung kurang 24 jam dari sekarang.

Menurut Pengarah Eksekutifnya Azlan Zainal, tinjauan yang dilakukan pada 22 hingga 24 Jan menggariskan beberapa faktor yang bakal mendorong kemenangan itu, antaranya aura bekas perdana menteri Najib Razak yang membuat kemunculan semula membantu kempen PRK kali ini.

“Selaku mantan perdana menteri dan anak jati Pahang, ternyata aura Najib Razak masih dirasai oleh penduduk setempat dan kes-kes pendakwaannya di mahkamah tidak memberi kesan negatif di lokaliti ini.

“Namun BN juga berhadapan risiko dengan penglibatan Najib dalam kempen ini. Sebagaimana kajian pra dan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas mendapati Najib adalah faktor rakyat menolak BN.

“Penglibatan beliau kali ini mencetus kembali kebencian dan penolakan pengundi kelas pertengahan terhadap BN. Ini boleh jadi senjata makan tuan (‘backfire’) yang tidak disedari oleh BN sekali lagi, khususnya daripada pengundi senyap (‘silent voters’). Namun jumlah ini adalah kecil dan tidak memberi impak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 



Najib berdepan 38 pertuduhan berkaitan dengan 1MDB, termasuk dakwaan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan juga pecah amanah jenayah- tetapi tetap turun bagi membantu kempen membantu BN di Cameron Highlands.

PAS bantu kemenangan

Selain itu, kata Azlan, usaha PAS menggerakkan kempen secara agresif juga dilihat bakal menyumbang kepada kemenangan BN.

“Ini dapat dilihat apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri telah turut sama berkempen untuk menarik sokongan pengundi PAS kepada BN.



“Ini juga terbukti apabila setiap pemimpin kanan PAS di peringkat nasional, negeri mahupun tempatan turun untuk berkempen dan menyakinkan penyokong-penyokong PAS untuk mengundi calon BN,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Azlan berkata, undi PAS terpecah tiga- yang akan mengundi BN, yang memilih calon bebas Melayu, dan yang protes tidak keluar mengundi.

Jelasnya, penyokong PAS terutama di negeri pantai timur lebih mengutamakan arahan pimpinan berbanding memikirkan pendapat peribadi.

Kerisauan Melayu-Islam

Selain itu, menurut Azlan, beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi keputusan PRK esok ialah kerisauan orang Melayu-Islam terhadap kedudukan hak mereka dan agama Islam, selain isu setempat seperti kejatuhan merudum harga komoditi sawit sejak PH memerintah.



“Ramli Mohd Nor, calon BN kelihatannya mendapat tempat di sisi orang Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai manakala calon PH, M Manogaran pula mempunyai tapak sokongan orang bukan Melayu di DUN Tanah Rata, meninggalkan dua calon bebas lain,” katanya.

Bagaimanapun, Azlan mengakui kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini dijangka dapat menambah momentum kepada kempen PH, khususnya kepada pengundi veteran Umno.

Tinjauan Ilham Centre dilakukan secara tatap muka terhadap 402 responden di P078 Cameron Highlands meliputi semua segmentasi kaum, jantina dan umur pengundi serta lokaliti.

Kaedah tinjauan yang diguna pakai ialah persampelan rawak berstrata, dengan ralat kajian pada 2.03 peratus.

Selain Ramli dan Manogaran, dua calon bebas lain bagi PRK Cameron Highlands ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib dan petani Wong Seng Yee.



MR :  Melayu mesti bersatu atas Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan