Header Ads

ads header

Flash News

Hanya terserempak saja - Azmin


KAJANG: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebarang perbincangan sulit antaranya dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, beliau dan Hishammuddin sekadar terserempak ketika sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.

“Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin. Saya hanya terserempak dengan beliau malah, saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di sana, tak jadi isu pun.

“Janganlah (buat spekulasi). Hubungan saya dengan Hishammuddin sudah lama terjalin. Jika saudara masih ingat, saya satu-satunya pemimpin pembangkang ketika itu yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Simfoni Rumah SelangorKU @EcoMajestic di Semenyih di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pemimpin harus berbaik dengan semua orang tanpa mengira latar belakang termasuk politik.

“Kita perlu bertamadun. Janganlah ingat apabila berjumpa (individu parti lawan), harus ada perbincangan politik.

“Kita perlu berbaik dengan semua orang demi kebaikan negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan gambar keluarga Mohamed Azmin dan Hishammuddin yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR.

Gambar keluarga itu dimuat naik di laman Twitter milik anak sulungnya, Ameer Azmin, di sebuah resort percutian di Marrakesh, Maghribi dengan kapsyen, ‘Keluarga kami bersatu semula’.

Hishammuddin dan Azmin bergambar dengan tangan mereka berjabat dan dicengkam erat.

Sebuah video juga dimuat naik oleh Ameer di media sosialnya yang menunjukkan dua keluarga itu sedang menikmati hidangan makanan seperti udang kara manakala Azmin dan Hishammuddin sedang berbual mesra, masing-masing mengenakan kaca mata hitam.

Percutian itu berlaku pada waktu perbalahan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Mohamed Azmin berhubung pelantikan jawatan pemilihan parti itu.

MR :  Banyak spekulasi tentang hal Azmin... agaknya dia lawan bos tak?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan