Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan Cameron ukuran kerjasama PAS, BN di Semenyih


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Semenyih.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN…ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Seni dan Hiburan Menurut Islam di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

PRK Semenyih akan diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lepas.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Hubungan PAS dan BN dilihat semakin erat di PRK Cameron Highlands apabila pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor berbanding dalam PRK di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini hanya tertumpu kepada program bersama sahaja.- Bernama






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan