Header Ads

ads header

Flash News

Kita memilih satu jalur berfikir sahaja


Apa beza simbol "salib" di pangsapuri di Jelutong, George Town dengan isyarat jari tengah ustaz dari Kedah atau perkataan "pa*tat"?

Ketiga-tiganya subjektif, oleh itu kita pilih mengikut selera dan kepentingan kita. Kadang-kadang kita "double standard" dalam menilai hal-hal subjektif ini.

Misalnya mereka yang anti-ustaz dari Kedah itu, yang dikatakan menunjukkan isyarat lucah, tidak menganggap simbol di bangunan di Pulau Pinang itu lambang "salib".

Mereka menganggap orang yang nampak begitu "terlalu sensitif" pada huruf T gergasi. Kalau lihat huruf t, pastilah orang itu membayangkan simbol Kristian.

Tetapi mereka yang sama tidak pula mempersoalkan, kenapa simbol jari tengah boleh menjadi lucah? Bukankah ia hanya jari semata-mata?

Seperti juga simbol "salib" tersebut, bukankah ia hanya susunan lampu dalam reka bentuk lambang ala Kristian?

[Nota: pemaju menjelaskan lampu itu membawa maksud lain, 王 atau "wang" (raja) atau "ong" (nasib baik). Tetapi PAS mendakwa ia projek Kristian yang jelas]

Begitu juga kesialan nombor 4 atau kelucahan kata "pa*tat. Atau tafsiran berbeza antara "tuak" dan "nira".
 


Nombor 4 akan dirasakan sial kepada mereka yang faham begitu tetapi mereka yang di luar kefahaman itu tidak akan nampak begitu. Begitu juga nombor 8 yang dikaitkan dengan tuah.

Pa*tat bagi orang Terengganu tidak lucah sama sekali. Istilah ini dituturkan antara ibu bapa dengan anak-anak dalam nada biasa, tanpa rasa geli atau keji. Pa*tat hanya bermaksud bawah atau dasar sesuatu objek.

Semuanya ini proses pemaknaan yang berubah-ubah dan boleh dipolitikkan. Oleh kerana makna masuk dalam wilayah politik, kita akan memilih mengikut selera politik kita.

Tetapi kita tidak sedar, atau pura-pura tidak sedar, maka kita memilih satu jalur berfikir sahaja.

Jadi, akhir kata, simbol di bangunan itu "salib" atau bukan "salib"? Tanyalah diri sendiri, jari tengah dan pa*tat itu lucah atau tidak?

Di waktu mana ia lucah, di waktu mana ia tidak lucah? Di waktu mana ia simbol agama, di waktu mana ia bukan simbol agama? Di waktu mana ia sial, di waktu mana ia tidak sial?

Hakikatnya, dalam kehidupan ini, walau kita mengubah makna menjadi 3A atau 3B, aras empat sesebuah bangunan akan kekal sebagai aras empat.

Kita tidak mampu membina tingkat 5 terapung-apung di udara!

Fathi Aris Omar





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Nak fikir macam mana lagi??? Dah memang benda tu nampak macam salib. Tak nampak pula macam benda lain! Hanya beruk jer kalau ko tanya dia tak tau apa benda tu.

    BalasPadam
  2. Test market.Akhirnya kita hilang sensitif seperti tunjuk ketiak perempuan dalam tv, romen dn cou kulum lidah dalam tv dtengok oleh anak2.Matikn sensitif dgn mcm2 dalih utk mudahkn lagi maksiat dipandang tidak bersalah

    BalasPadam