Header Ads

ads header

Flash News

Laporan Polis Pergerakan Pemuda Umno Ke Atas Senator Bob Monalan Mohamad


1. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang telah membuat satu laporan polis pada hari ini jam 6.30 petang di Balai Polis Tanah Rata, Cameron Highland berkenaan kenyataan ugutan seorang Senator Dewan Negara pada Ketua-Ketua Orang Asli (Tok Batin) di dalam kawasan Parlimen Cameron Highland.

2. Senator Bob Manolan Mohamed daripada parti PKR didakwa mengugut pada Tok Batin dengan memberhentikan sebarang penyaluran gaji dan melucutkan jawatan mereka jika mereka tidak mengundi calon dari Pakatan Harapan (PH).

3. Pihak kami dimaklumkan bahawa PDRM akan membuka kertas siasatan berdasarkan kesalahan dibawah seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana mengancam dan menjejaskan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun di bawah Kanun Keseksaan.

4. Pemuda UMNO Negeri Pahang nyata kecewa dengan tindakan terdesak ahli parlimen dari parti pemerintah yang tergamak melakukan ugutan kepada pemimpin masyarakat setempat.

5. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, ianya akan menjadi gejala penyalahgunaan kuasa yang ketara dan Pemuda UMNO Pahang serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak akan berdiam diri membiarkan rakyat terus ditekan oleh tindakan regim yang menolak demokrasi.

Pengundi Parlimen Cameron Highland adalah bebas memilih siapa yang mereka fikirkan layak memimpin. Kami mengharap pihak polis dan SPR akan mengambil tindakan tegas terhadap Senator Bob Manolan Mohamad.

MOHD FARID BIN MOHD NOR
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang


MR :  PAS kena aktif juga untuk isu-isu seperti ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan