Header Ads

ads header

Flash News

Masjidil Aqsa tak jadi sebahagian negara Palestin: Presiden AS


Kompleks Masjidil Aqsa tidak akan menjadi sebahagian daripada negara Palestin, lapor stesen televisyen Israel yang memetik pelan damai Timur Tengah yang dirancang Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pelan damai yang Trump itu akan mencadangkan 90 peratus kawasan di Tebing Barat menjadi negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, tetapi tidak termasuk tanah suci ketiga umat Islam itu.

Memetik sumber AS, Reshet 13 TV berkata, kandungan pelan damai itu juga memerlukan blok penempatan Yahudi di Tebing Barat dipindahkan atau rancangan pembinaan kediaman baharu dibatalkan.

Trump juga menginginkan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Israel untuk ditambah dalam pelan damai itu, dengan pertukaran wilayah Baitulmaqdis Timur merangkumi Kompleks Masjidil Aqsa diletakkan di bawah kedulatan Israel, tetapi diuruskan bersama oleh Palestin dan Jordan.

Stesen TV itu berkata, kebanyakan kejiranan Arab di Baitulmaqdis Timur diletakkan di bawah kedaulatan Palestin.

Bagaimanapun, laporan stesen televisyen itu tidak menyatakan nasib pelarian Palestin, satu lagi punca konflik di wilayah itu.

Kedudukan Semenanjung Gaza, yang dikuasai Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) juga tidak disebut. – Agensi



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan