Pahang pinjamkan 4WD pada kementerian tapi disalahguna untuk kempen
KUANTAN: Kerajaan Pahang berkata kenderaan pacuan 4 roda (4WD) yang dipinjamkan kepada seorang timbalan menteri disalahgunakan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Salehuddin Ishak berkata kenderaan itu dipinjamkan kepada kementerian untuk kegunaan rasmi.
“Bagaimanapun, selepas dilekatkan lambang satu parti, saya mengarahkan supaya kenderaan tersebut diambil semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menjawab soalan di media sosial mengenai gambar tular memaparkan kenderaan milik kerajaan negeri dilekatkan lambang Pakatan Harapan.
Gambar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mahu memandu uji kenderaan itu.
Pakatan Harapan sekarang ini sedang berusaha untuk merampas Parlimen Cameron Highlands dari tangan BN. Pengundi akan memilih pada 26 Januari ini.
MR : PH ni giler kuasa
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan