Header Ads

ads header

Flash News

PAS saran BN pilih anak tempatan jadi calon PRK Semenyih


MARANG: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada Mac nanti diharap akan menggunakan kaedah sama seperti di Cameron Highlands, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, BN yang diberi tanggungjawab itu juga disaran mempertaruhkan calon mempunyai ketokohan sendiri dan mestilah anak tempatan kerana diyakini 2 faktor itu mampu memberi kemenangan kepada BN dalam PRK itu.

“Pemilihan calon untuk PRK Semenyih belum ditentukan lagi setakat ini dan perkara itu kita serahkan kepada BN untuk menentukan calon mereka.

“Ciri-ciri calon yang akan diketengahkan mestilah mengambil kira kemenangan BN di PRK Cameron Highlands semalam (Sabtu), iaitu mengambil kira ketokohan dan mestilah anak tempatan.

“Pemilihan Ramli Mohd Nor di PRK Cameron Highlands itu dipersetujui bersama (PAS dan BN)….beliau bukanlah seorang pemimpin Umno, tetapi beliau bekas pegawai polis yang tidak terlibat dengan politik dan mewakili umat Islam,” katanya selepas majlis pecah tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran yang turut dihadiri Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar di sini, pada Ahad.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada PPBM pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung dan dijadualkan berlangsung pada 2 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari, manakala pengundian awal pada 26 Februari ini.

PRK Semenyih adalah PRK ke-4 di Selangor, selepas pilihan raya umum ke-14. Tiga PRK sebelum ini ialah DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Mengulas kemenangan BN di Cameron Highlands, Hadi mengakui kerjasama PAS dan BN sebahagian faktor kemenangan itu.

“Ia adalah faktor kerjasama tanpa mengira parti politik dan menolak calon yang tidak sinonim dengan penduduk di kawasan itu,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan