Pembantu sahkan anak Mat Sabu ditahan dalam serbuan polis
PETALING JAYA: Seorang pegawai kepada Mohamad Sabu mengesahkan anak lelaki menteri pertahanan itu ditahan bersama seorang lelaki lain berkaitan kesalahan dadah dalam satu serbuan polis di sebuah pusat hiburan.
Menurut Bernama, serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Ampang itu dijalankan oleh satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi jam 12.30 malam tadi.
Ketika dihubungi, setiausaha politik Mohamad, Azhar Che Mat Dali mengesahkan penahahan lelaki berusia, Ahmad Saiful Islam bin Mohamad berumur 31 tahun itu dan berkata, menteri berkenaan kini berada di Balai Polis Dang Wangi.
“Semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikn salah oleh mahkamah,” katanya kepada FMT, dan menambah, Mohamad komited untuk mengikut saluran undang-undang berhubung kes anaknya itu.
Seramai 101 orang membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki diperiksa dalam operasi berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, merupakan timbalan presiden PAS sebelum beliau menubuhkan Amanah, yang menyertai Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.
MR : Sebelum ini anak Husam di tangkap kerana mengedar pil kuda...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ujian ALLAH datang dlm pelbagai bentuk.Ada pil kuda,ada ganja.Berhenti sejenak utk muhasabah,sering persenda ulama demi memenangi tuan Dap.Moga dijauhkn namun santunilah ulama kerana bila jadi jenazah,lebai juga kita cari.bukn cari Dap saat itu
BalasPadamBiasala tu. Anak menteri. dalam kerajaan BN dulu pun macam tu juga. anak menteri selalu kena tangkap. kalau dia bukan anak menteri mugkin dia tak akan pergi ke kelab malam tu dan tak buat perkara2 yg tak senonoh tu. sekejap je tangkapnya esok lepas la. dah anak menteri mesti kebal undang2 lah. sama je kerajaan PH mahu pun BN. ABOVE THE LAW.
BalasPadam“Semua orang tidak bersalah selagi tidak dibuktikn salah oleh mahkamah,” katanya kepada FMT, dan menambah, Mohamad komited untuk mengikut saluran undang-undang berhubung kes anaknya itu.
BalasPadamKena pada anak Abam Mat... selamba jer kata seperti diatas... erkk... masa beria ia menuduh PAS/TGHH dlm isu fitnah 90 juta.... laju jer Abam Mata jaja dan mengiyakan fitnah tersebut Abam Mat jadi Hakim dimedia.
Belajar dgn Huse atau Huse belajar dgn Abam Mat cara membelit... Opps nak tanya... kapla lutut yg cedera kononnya dilanggar jip polis masa dikejar hari tu dah ok ker..
Banyak bersabar dan muhasabah bang Mat.Tanda peringatan dari Allah.
BalasPadamJika seorang pemimpin parti (yang kononnya) 'Rahmatan lil alamin' gagal mendidik anak sehinggakan anaknya ditangkap oleh polis dalam PUSAT HIBURAN(arak, betina, dadah dll ? ) kerana dadah, maka bagaimana boleh pemimpin tersebut mendidik rakyat sedangkan pemimpin tersebut adalah bapa yang telah gagal mendidik anak sendiri????
BalasPadamBukankah ini bererti parti liberal kuali imayam putumayam ini membawa azab (bukan rahmat) kepada rakyat kerana sikap parti kuali ini sendiri suka menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan menyokong kemungkaran dan kesesatan semata-mata untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin parti kafir harbi roket ???
Hidup Joe Labu....
BalasPadam