Header Ads

ads header

Flash News

Pergolakan BERSATU: PPBM digesa pecat pengerusi Perlis, lantik Wan Saiful jadi penyelaras negeri


KANGAR: Timbalan Pengerusi PPBM Perlis, Izizam Ibrahim mempertahankan Wan Saiful Wan Jan yang dipecat daripada jawatan setiausaha oleh Pengerusinya, Ameir Hassan.

Beliau menggesa pucuk pimpinan pusat memecat Ameir dan melantik Wan Saiful untuk menyelaras dan mengatur semula organisasi PPBM Perlis.

“Masalah sebenar yang disembunyikan daripada orang ramai terletak pada Ameir Hassan sendiri sebagai pengerusi negeri dan ketua bahagian Arau,” katanya dalam sidang media sambil ditemani beberapa pemimpin negeri.

Izizam berkata, Ameir gagal mentadbir parti itu dan “menjadikan parti sebagai harta persendiriannya”.

“Bahagiannya sendiri di Arau menolaknya. Lebih separuh daripada ahli jawatankuasa PPBM Arau sudah menandatangani petisyen kepada Majlis Pimpinan Pusat untuk menggantikannya dengan seseorang yang lebih berkredibiliti dan boleh dipercayai.”

Ameir berulang kali mempertahankan keputusannya memecat Wan Saiful yang mengetuai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), susulan dakwaan Wan Saiful berhubung penyalahgunaan kuasa dalam parti, termasuk pemalsuan dokumen.

Wan Saiful sudah membuat satu laporan polis berhubung penyalahgunaan kuasa itu.

Semalam, Ameir menafikan beliau menggesa Wan Saiful menarik balik laporan polis itu kerana katanya, perkara itu sudah dibincangkan dan dalang di sebaliknya sudah dikenal parti.

Tetapi, beliau enggan mendedahkan alasan memecat Wan Saiful dan beliau sudah membuat senarai 17 perkara bagi menjelaskan keputusannya kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tidak akan beritahu anda 17 alasan itu sekarang kerana bimbang ia akan merosakkan reputasi PPBM,” katanya kepada FMT semalam.

Isnin lalu, Wan Saiful membayangkan permusuhan antara beliau dan Ameir ada kaitan dengan ketidak sefahaman berhubung cubaan mendapatkan kontrak kerajaan yang ditawarkan kepada saudara pemimpin PPBM Perlis.

Wan Saiful dilaporkan berkata, beliau tidak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak untuk menjadi kaya secara haram.

Izizam berkata, banyak bahagian di Perlis tidak gembira dengan cara kepimpinan Ameir dengan beberapa memorandum sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan di Kuala Lumpur mendesak beliau dipecat.

Beliau mendakwa Ameir merasakan kedudukannya tergugat dengan kehadiran Wan Saiful yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan akar umbi di Perlis.

“Beliau cenderung melantik seseorang dan memecat mereka tanpa sebarang alasan kukuh. Ini melumpuhkan organisasi PPBM di peringkat bahagian dan negeri.”

Katanya, masalah Ameir dengan Wan Saiful ada kaitan dengan perasaan tergugat disebabkan kecekapan Wan Saiful.

“Wan Saiful boleh bekerja dengan semua orang dan tidak berat sebelah. Tetapi, bagi Ameir, ini ialah satu ancaman,” katanya sambil mencadangkan PPBM melantik Wan Saiful sebagai penyelaras Perlis.


MR :  Bila dapat kuasa rakyat diketepikan, yang berebut nak isi perut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan