Header Ads

ads header

Flash News

PRK CH: Orang Melayu beri signal tolak PH


KUALA LUMPUR: Keputusan PRK P.078 Cameron Highland memberi signal yang sangat jelas betapa pengundi khususnya kalangan orang Melayu menolak PH.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, PH harus menilai prestasi pemerintahannya sejak PRU lalu hingga kini terutama tindakan mereka terhadap Islam dan Melayu.

"Alhamdulillah, keputusan PRK Cameron Highland menunjukkan kesedaran keperluan pengundi dalam kalangan orang Melayu. Ini dapat dilihat dari peratus turun mengundi yang agak tinggi.

"Ada kesungguhan dari orang Melayu menolak PH. Ini disebabkan sikap pemimpin PH sendiri yang selalu mencetuskan kemarahan terutama berkaitan Islam, Melayu dan Institusi Raja," ujarnya.

Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur mengingatkan pimpinan PH supaya menumpukan usaha untuk menunaikan manifesto yang sebahagian besarnya tidak terlaksana hingga kini.

Ustaz Rosli juga merakamkan harapan agar Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Mohd Noor yang baru memenangi kerusi itu dapat melaksanakan khidmatnya sebaik mungkin.

Beliau juga memuji pengurusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang secara keseluruhannya baik walaupun sepanjang kempen berlaku insiden, namun ditangani dengan baik. - HARAKAHDAILY 26/1/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan