Header Ads

ads header

Flash News

Sejak bila menari jadi tradisi peguam?


KUALA LUMPUR - Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menegaskan beliau tidak pernah mendengar menari adalah tradisi guaman seperti dikatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurutnya, ia mungkin adalah tradisi guaman Barat kerana budaya negara dan bangsa mereka banyak yang berparti dan berpesta sambil mabuk dan bawah pengaruh dadah.

Jadi, mereka menyerap budaya bangsa mereka ke dalam bidang guaman supaya mereka tidak terlalu tertekan, ada hiburan untuk mereka.



“Walaupun budaya Barat, tidak pernah pula Ketua Hakim mereka menari sepentas dengan Peguam Negara dan Menteri Undang-udang serta peguam-peguam kanan.

“Tiada masalah jika hakim menari dengan hakim, Peguam Negara menari dengan DPP (Timbalan Pendakwa Raya), peguam menari dengan peguam sahaja sebab antara mereka ada batas dan etika pergaulan,” katanya di laman Facebook beliau.

Begitupun, katanya, mungkin akan ada pihak mengatakan mereka profesional dan tidak akan terpengaruh dengan Peguam Negara meskipun menari bersama.

“Undang-undang etika tidak peduli apa dirasai tuan punya badan yang memikul tetapi undang-undang etika peduli apa yang dipandang mata orang awam.

“Jika orang awam berpendapat ia tidak beretika maka tidak beretikalah kamu.

“Selepas ini jika kamu ada kes dihakimi Ketua Hakim Negara dan beliau membuat keputusan memihak Peguam Negara, adakah kamu yang kalah dalam kes itu percaya dengan kebebasan sistem kehakiman lagi?” soalnya.

Semalam, tular sebuah video menunjukkan aksi Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menari twist di pentas.

Insiden itu dirakam pada majlis makan malam 'Opening of Legal Year 2019' anjuran Sabah Law Society di Kota Kinabalu, Jumaat lepas.

Aksi berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial termasuk pihak pembangkang antaranya Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan kelakuan itu sebagai memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara kerana ia melibatkan soal integriti badan kehakiman.


MR :  Rosak dia 'maybe' kerana langgar sumpah janji dengan Allah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Setiap kali Hanifa buka mulut, maka jelas nak menjaga DAP dan musuh2 Islam.
    Rasa diri bijak dan takabur,maka meperleceh serta mepersendakan saudara seagama adalah utama depi hati DAP.Petaka langgar baiah

    BalasPadam
  2. Hanipa Maidin kalau nak mengapu pon agak agak lah . Tak boleh angkat .

    BalasPadam
  3. Sering ungkap parti suci kpd Pas.Betul tu,sebab Pas tak mungkar dan maksiat kepada Allah.Hanifa tk pernah sindir,persenda atau tegur Dap yang mewar warkn pesta arak.Sayang kpd Dap dan bencinya kepada saudara seakidah

    BalasPadam
  4. Bertaubatlah hanifa kamu tu dah dlm lmpu oren tunggu merah aja.

    BalasPadam
  5. Dari dulu lagi puak parti kuali liberal imayam putumayam menjadi boneka dan khadam abang besar parti kafir harbi roket menghina dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan memperjuangkan hak kafir harbi semata-mata kerana puak kuali liberal adalah hamba dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi-babi ternakan abang besar roket.

    BalasPadam
  6. Awas scammer @ penipu online menggunakan pelbagai cara seperti pelbagai janji palsu dan iklan palsu untuk menipu anda.

    Penipu-penipu ini adalah lintah darat yang sangat kejam dan zalim kerana mereka mahu mendapatkan wang anda dengan cara menipu anda sehingga anda boleh muflis atau lingkup.

    Jangan berikan data peribadi anda kepada mereka.

    BalasPadam