Header Ads

ads header

Flash News

SPR: Peratusan keluar undi di Cameron Highlands tertinggi dalam 5 PRK


CAMERON HIGHLANDS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata 68.79% keluar mengundi di Cameron Highlands hari ini adalah yang tertinggi berbanding 4 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

“Jangkaan kita sedikit tersasar 1.2%, saya rasa ramai yang di luar tidak balik untuk undi, 69.79% merupakan peratusan keluar mengundi paling tinggi antara 4 PRK sebelum ini.

“Saya amat puas hati dengan peratusan tersebut,” kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands, malam ini.

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti lebih besar, iaitu 3,238 undi menerusi kemenangan pertama dalam PRK selepas PRU14 dan calonnya, Ramli Mohd Nor turut mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

Ini adalah PRK ke-5 selepas PRU14, susulan PRK di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Azhar berkata, antara faktor peningkatan peratusan itu ialah dinamik berbeza dengan PRK lain kerana kerajaan negeri dan pusat dikuasai parti berbeza.

“Saya rasa dinamik PRK ini berbanding PRK yang lain, di mana kita lihat calon yang bertanding itu datangnya daripada Pakatan Harapan (PH) yang mengawal kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pula BN, jadi dinamiknya agak berbeza, tambahan pula dengan isu-isu semasa.

Beliau turut memuji parti politik bertanding mematuhi peraturan SPR.

Mengenai kritikan pemimpin BN terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan PRK, Azhar berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

“Saya serah kepada rakyat Malaysia untuk hakimi pencapaian kita, diharapkan ia positif.”

Tindakan terhadap calon PH

Mengulas gesaan Bersih mengambil tindakan terhadap calon PH, M Manogaran melanggar peraturan memakai baju logo parti memasuki kawasan mengundi, Azhar berkata, SPR akan mempertimbangkan gesaan itu.

“…setelah mendapat semua fakta, mungkin kita akan dapatkan pandangan undang-undang dan ambil tindakan sewajarnya.”






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan