TMJ belum lahir masa itu
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak memahami semangat Persekutuan.
Dr Mahathir berkata, dalam bidang kuasa Persekutuan, ia tidak meletakkan sebarang larangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan kenyataan terhadap Kerajaan Negeri.
“Dia (TMJ) tidak faham tentang Persekutuan, barangkali masa itu dia belum dilahirkan, jadi dia tak tahu lah. Tapi saya lahir masa itu.
“Persekutuan bermakna menguasai seluruh negara dan kata itu tak boleh ini tak boleh tak ada.
“Kita ada senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan, apa yang dikuasai oleh Negeri.
“Tak ada disebut bahawa Persekutuan (tak boleh) keluar kenyataan, Negeri buat kenyataan maka kita tak boleh komen,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail Rabu lalu di akaun Facebooknya yang menegur Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada mempolitikkan setiap isu dan mula mentadbir negara.
Tunku Ismail juga menegur semua ahli politik sama ada PH mahupun Barisan Nasional (BN) di negara ini agar berhenti daripada ‘berperang’ sesama sendiri dan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.
Ditanya tentang penerimaan Istana Johor terhadap pentadbiran Dr Mahathir sejak lapan bulan, beliau sebaliknya menyindir Tunku Ismail sebagai tiada kedudukan dalam Kerajaan Persekutuan.
“Dia tak ada jawatan apa-apa,” katanya. – MalaysiaGazette
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
“Dia tak ada jawatan apa-apa,” katanya. Kalau ada jawatan pon bukan Tun boeh terima. Macam dulu Anwar cakap pon serupa Tun comment. Sebenarnya perangai buruk ini diwarisi sejak dulu dia memerintah. Malang nya masih ramai yang menyokong beliau. Sudah menjadi lumrah sifat buruk memang ramai yang menyokong .Moga Tun sedar diri.
BalasPadam