13 Punca Kencing Manis Yang Ramai Tak Tahu
Maklumat daripada “Say No To Diabetes – by Patrick Halford”
Kita sering berpendapat punca utama kencing manis adalah disebabkan berat badan berlebihan atau faktor keturunan. Sebenarnya, terdapat 13 punca utama penyakit kencing manis yang menyebabkan ia semakin menular. Teruskan membaca kerana mungkin anda telah mengamalkan salah satu faktor yang boleh menyebabkan kencing manis.
1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi
Memang
tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit
diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga
termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah
iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan
ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia
dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah
dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai
fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini,
cuma jumlahnya perlu dipantau.
2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak
Ini
termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang
banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan
mineral seperti kromium.
3. Tidak beraktivivti
Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.
4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat
digunakan di dalam badan.
5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)
Gula
yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang
kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di
sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin
bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.
6. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes
7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi
Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.
8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan
Pengambilan
ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana
minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis
9. Tidak mengambil supplemen
Ramai
yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku
Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu
mengurangkan risiko kencing manis.
10. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai
yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh
meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”.
Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia
berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru.
Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan
dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan
kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan
kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan
darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.
11. Sejarah keluarga
Jika
ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk
mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes
type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan
jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80
%. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya,
boleh kembali normal semula
12. Umur
Tidak
dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk
mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat
kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.
13. Kerintangan insulin
Rintangan
Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan
ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap
insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa
lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan
dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula
dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari
rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom
metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan
risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.
Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. “Life is too short to waste time in this suffer disease.”
MR : Ubah cara makan adalah yang terbaik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan