Header Ads

ads header

Flash News

Anggota bomba selamatkan diri dari perusuh, tak nampak Adib


Seorang anggota bomba yang bertugas semasa rusuhan kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa dia melompat dari trak bomba dan masuk ke van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk menyelamatkan diri daripada seorang perusuh yang didakwa mengejarnya.

Dalam keadaan panik, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 32, berkata beliau masuk melalui pintu gelongsor van dan tidak melihat sama ada rakannya, Muhammad Adib Mohd Kassim, telah keluar van dari tempat duduk penumpang hadapan.

"Adakah kamu nampak Adib turun (dari EMRS)?" soal pegawai yang menjalankan inkues berkenaan, Hamdan Hamzah.

"Tak ada," jawab Hazim.

Anggota bomba itu adalah saksi keenam dalam inkues untuk menentukan kematian Adib.

Trak bomba dan EMRS tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.12 pagi pada 27 Nov tahun lepas untuk memadamkan sebuah kereta terbakar.

Saksi-saksi terdahulu dalam inkues memberi keterangan bahawa pasukan pemadam kebakaran melihat keadaan huru hara di lokasi kejadian yang akhirnya memaksa mereka meninggalkan tempat itu dalam masa kurang daripada 20 minit.

Hazim berkata dia bertugas malam itu untuk mengendalikan alat pemadam untuk memadamkan kebakaran, dan keluar ke arah belakang trak di mana gulungan hos disimpan.

"Sebelum turun saya ada dengar sorakan daripada orang sekeliling. Sebelum sempat saya keluarkan nozzle nampak ada sekumpulan orang dari hadapan kuil menyerbu ke arah jentera.

"Lepas tu saya nampak seorang nak mengejar saya, selebihnya yang pegang senjata di hadapan jentera

"Saya terus melarikan diri ke dalam (EMRS). Saya buka pintu dari kiri dan tutup balik, menyorok baring di hadapan stretcher (perlengkapan ambulan).

Beliau berkata mereka membawa antaranya tiang besi putih seperti tiang dalam permainan sepak takraw, dan objek lurus seakan pedang samurai, kayu, batu dan helmet.

Hazim memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam dia juga tidak melihat Adib pada masa singkat itu berada di luar trak bomba.

Katanya, sekiranya Adib berada di bahagian luar, dia akan mengenalinya kerana pakaian seragam mereka yang sama, ketika menjawab soalan lanjut dari peguam keluarga Adib, Mohd Kamaruzaman A Wahab.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan