Header Ads

ads header

Flash News

Anta tanya ana jawab


Dulu PAS lawan Umno, sekarang pasal apa boleh berkawan.

@Sebelum saya jawab soalan itu, samalah juga dengan pemimpin PH hari ini. Apa yang mereka tidak kata kepada Tun Mahathir dan apa yang Tun tidak kata kepada mereka.

@Boleh tonton di dalam You Tube, kita pun geli hendak dengar sumpah seranah dan gelaran yang tidak tergamak untuk ditulis dan didengar.

@Kenapa mereka boleh bersatu untuk duduk semeja, semata-mata hendak lawan DS Najib dan BN.

@Samalah juga PAS berkawan dengan Umno, kerana Umno sekarang pembangkang.

@Dulu PAS lawan Umno, kerana mereka kerajaan.

@Mana ada di dalam negara demokrasi pembangkang lawan pembangkang

@Sekarang matlamat kami melawan PH. Matlamat sama iaitu isu Islam dan melayu bumiputra.

@Apa masalahnya.?

@Soal ikhlas atau tidak ikhlas Umno kita serah kepada Allah SWT.

@ Sama seperti kami berkawan dengan Parti Semangat 46, PKR, Dap dahulu.

Nota
Untuk maklumat keluarga saya dan anak cucu saya tidak ada yang menyokong parti selain PAS.

Saya daripada sekolah, masuk universiti, sehingga menjadi pensyarah aktif dalam PAS.

Termasuklah juga sebahagian besar pimpinan tertinggi PAS lahir daripada keluarga PAS.

Apa yang pelik pemimpin PH terutama  Pan, Pkr dan Bersatu mereka ini pun masih banyak keluarga mereka daripada Umno dan mereka pun lahir daripada uri umno.

Mereka pun gagal untuk hendak ajak keluarga mereka keluar umno.

Malahan ada yang menjadi rakan kongsi niaga dengan pemimpin Umno, sewaktu BN memerintah dahulu. Bohong ja lawan umno. Hipokrit.

Kenapa PAS berkawan dengan perasuah (umno)

@Bab rasuah pemimpin PH tidak layaklah bercakap. Selesailah masalah peribadi  dan parti mereka dahulu.

@Paku dulang, paku serpih. Kata dekat orang dia yang lebih.

@Ambil cermin suluh muka terlebih dahulu.

@Lebih baik cari isu lainlah daripada bercakap isu integriti dan rasuah.

@Tujuh bulan memerintah sudah diketahui tahap integriti mereka.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ฅCara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..๐Ÿ’ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: