Header Ads

ads header

Flash News

Anwar bodoh untuk memahami "There be no order as to costs"


SAYA terpanggil untuk menjelaskan kenyataan yang mengelirukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, tentang penyelesaian luar mahkamah kes melibatkan saman Presiden PAS terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, di Mahkamah Tinggi London pada 1 Februari 2019.

Dengan merujuk kepada Perintah Persetujuan (Consent Order) yang direkodkan di hadapan Master Brown, Perintah tersebut menyatakan seperti berikut:

(1) Pihak Yang Menuntut tidak meneruskan tuntutannya (The Claimant discontinues his claim);

(2) Pihak defendan tidak meneruskan tuntutan balasnya (The Defendant discontinues her counterclaim);

(3) Tiada perintah mengenai kos-kos (There be no order as to costs).

Berdasarkan kepada Perintah Persetujuan di atas, maka selain daripada kedua-dua pihak bersetuju tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing-masing, mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

Dengan kata lain Pihak Yang Menuntut, YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, (dalam pliding mahkamah disebut sebagai ‘Mr. Awang’) tidak membayar apa-apa bayaran ataupun kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar mahkamah.

Perlu dijelaskan juga bahawa PAS lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini (PAS is not even a party to the suit).

PAS menganggap kenyataan Presiden PKR tersebut adalah langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti dalam Pakatan Harapan terhadap Pengerusi mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Dato’ Takiyuddin HassanSetiausaha Agung PAS
Bertarikh: 26 Februari 2019

MR :  Anwar bukan bodoh, tapi jahat dan hati busuk. Sesuai dengan bidalaan seperti menolong anjing tersempit


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Apabila Anuwar mencerca TGHH dengan fitnah,maka dia telah mula melintasi garis sempadan. Rasa diri angkuh dan berkuasa dan boleh mereka fitnah.Jangan lupa sejarah.Makin dicerca,Orang PAS makin kuat mengadu kepada Allah.Solat malam dan solat hajat minta pertolongan Allah.PAS tidak heran dengan seorang Anuwar apabila dia mula membankulsampahkan pahala menerusi fitnah. teruskanlah jika kamu rasa akan hidup menongkat langit dan boleh buat atau kata apa sahaj kepada saudara seakidahmu.

    BalasPadam
  2. Rasa seronok dan bangga apabila seluruh kekuatan digunakan oleh pemuka PH menyerang PAS. Semakin diganyang PAS,bukan makin lemah dan hilang dari radar politik negara.Berhempas pulas menfitnah,terkial-kial mencari dalih untuk menjahanam PAS tapi Allah masih menolong PAS.Kepada penyokong PAS teruslah istiqamah solat malam,solat hajat mengadu kepada Allah. ramai kian cemburu PAS yang kian menggugat massa

    BalasPadam