Header Ads

ads header

Flash News

Azmin bela Mahathir -- Bekas wakil rakyat Umno sudah bertaubat katannya


HULU LANGAT: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini menepis kritikan terhadap penyertaan 7 bekas ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM, mengatakan wakil-wakil rakyat itu sudah menyesal.

Azmin menghormati kritikan daripada beberapa pemimpin DAP, tetapi berkata manusia tidak lari dari membuat kesilapan.

“Mereka sudah bertaubat. Orang akan buat silap. Tetapi seperti yang saya sebut tadi, mereka pertama sekali perlu tunjukkan komitmen kepada Pakatan Harapan.

“Mereka mula sedar Umno bukan parti yang boleh menjamin masa depan. Parti itu masih memainkan isu-isu perkauman, jadi ahli-ahli Parlimen ini merasakan itu bukan cara untuk maju.

“Kita boleh terima mana-mana individu yang sedia menerima perjuangan PH,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama ketua bahagian dan ahli-ahli PKR Hulu Langat malam tadi.

Azmin berkata ahli Parlimen di luar kelompok PH tidak dibenarkan masuk gabungan itu secara beramai-ramai, seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka mesti tinggalkan parti mereka dan mereka mesti faham dan hargai perjuangan PH.

“Mereka mesti yakin dengan ideologi dan idealisme PH. Mereka mesti terima dasar-dasar PH sebelum kita terima mereka.

“Apa yang diberitahu kepada saya, mereka sudah tinggalkan Umno beberapa bulan lalu. Mereka sudah tunjukkan komitmen kepada perjuangan PH untuk PPBM terima mereka,” katanya.

Beliau mengingatkan ramai pemimpin tertinggi dalam PH daripada Umno, mengatakan apa yang lagi penting sekarang adalah PH bertambah kuat dan mendapat sokongan.

“Ahli-ahli baru ini bertanggungjawab untuk turun ke bawah, yakinkan ahli Umno supaya tinggalkan parti kerana parti mereka sangat busuk dan rasuah begitu endemik.

“Mereka mesti sokong agenda reformasi. Itulah peranan ahli-ahli Parlimen itu. Saya undang mereka ke sini untuk bantu kempen pilihan raya,” katanya.

Semalam, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan kemasukan 7 bekas ahli Parlimen Umno ke partinya.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Tanah Merah).

Mereka memohon menyertai PPBM pada Disember lalu.

Kemasukan mereka bagaimanapun dikritik beberapa pemimpin DAP, termasuk Setiasusaha Agung Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Adun Sungai Pelek Ronnie Liu.



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Rakan tu takut sbb kerusi Parlimen Melayu mewakili kerajaan akan bertambah...tu la isunya...kan ni politik

    BalasPadam
  2. Jika mahadir tak cukup mejority..dia tak ada kuasa.. Mahadir perlukan 23 MP utk dia ada kuasa vito.. sekarang dia hanya dilantik sebagai PM olih DAP PAN PKR ..Jika Mahadir cukup korum mungkin DAP akan terlopong.. sebab tu DAP takut sangat jika orang melayu bersatu ..UMNO PAS BERSATU Bergabung..dan MP PKR yg Islam bergabung UTK melayu dan Islam !!!

    BalasPadam