Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu serang DAP -- Kenyataan Cheng Hau dangkal, tidak bertanggungjawab


JOHOR BAHRU 19 Feb. - Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Fahim Mohd. Farid mengecam sekeras-kerasnya kenyataan tidak bertanggungjawab dan dangkal Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana kononnya gagal melaksanakan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Fahim yang juga Ketua Armada Bersatu Bahagian Iskandar Puteri berkata, sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai selama dua penggal seharusnya lebih arif dan mengetahui bahawa manifesto PH adalah satu dokumen melibatkan semua komponen parti PH.

"Sebagai rakan komponen dalam Pakatan Harapan, Dr. Boo Cheng Hau juga sepatutnya faham kenapa ketika ini ada tawaran yang dijanjikan masih belum terlaksana berikutan kedudukan kewangan negara kita tidak stabil ketika ini.

"Malah Pasukan Manifesto Pakatan Harapan juga berdepan pelbagai kesulitan ketika merangka tawaran dalam buku Harapan antaranya banyak data penting yang disembunyikan kerajaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Semalam Cheng Hau meminta Dr. Mahathir supaya berundur daripada jawatan Perdana Menteri kerana menganggapnya gagal dalam menunaikan janji-janji dalam manisfesto PH.

Mohd. Fahim berkata, adalah tidak adil meletakkan segala beban penyelesaian terhadap Dr. Mahathir sahaja dan perkara itu seharusnya menjadi tanggungjawab semua kepimpinan dalam PH untuk menjayakan tawaran yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Walaupun tidak terpilih untuk mempertahankan kerusi DUN Skudai, beliau berkata, Cheng Hau seharusnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dan bersama-sama membantu kepimpinan menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bukannya menjadi duri dalam daging.

"Tindakan segelintir individu seperti Cheng Hau dikhuatiri boleh menjadi titik permulaan memecah-belahkan parti kompenan PH memandangkan beliau juga mempunyai rekod lampau yang boleh menjejaskan permuafakatan PH.

"Antaranya sering mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad selepas dipilih sebagai Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri selain mempersoalkan kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kepimpinan Pakatan Harapan Johor sebelum PRU-14," katanya.

Malah ujarnya, difahamkan banyak perkara yang dibuatnya bercanggah dengan kepimpinan DAP.

"Saya selalu Exco Armada Bersatu Pusat dan Ketua Armada Bersatu Iskandar Puteri mewakili Armada Bersatu Iskandar Puteri mendesak Cheng Hau menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada semua Kepimpinan PH," katanya. - UTUSAN ONLINE


MR :  Ni tanda PH tak akan lama...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan