Header Ads

ads header

Flash News

Dengar boleh percaya jangan.... umpan (bahasa baharu kencing) pengundi Semenyih la tu...


SEMENYIH: Kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita baru berbincang dalam Kabinet...mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan," katanya dalam ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang di sini malam ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak memperincikan mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas.

Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

-- BERNAMA


MR :  Kencing baharu, kencing lama belum basuh lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan